About Me

Dari Apartment Lama Jadi Kondo Mewah

Dari Apartment Lama Jadi Kondo Mewah

MELIHAT luaran mahupun dalaman apartmen yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur ini boleh dikatakan ia biasa-biasa sahaja dan mungkin tiada apa yang menarik.

Namun tidak di sangka kebijaksanaan Anith Syazana membuat dekorasi unit apartmen yang di belinya enam tahun lepas ini mampu berubah menjadi seperti sebuah kondominium mewah tanpa perlu melakukan pengubahsuaian yang besar.

Tampil dengan konsep moden kontemporari dengan tema warna hitam dan putih menyerlahkan lagi gaya glamor dan elegan pada setiap ruang.

IMPIANA tertarik untuk berkongsi idea-idea menarik ini sebagai inspirasi buat anda.

Semasa membeli unit apartmen yang hanya berkeluasan 800kaki persegi ini ia hanya kosong sahaja. Sedikit demi sedikit di usahakan oleh Anith Syazana untuk merubah gayanya menjadi lebih sempurna.

Bermula dengan menukar lantai dan siling plaster. Selebihnya fokus pada pemilihan perabot, cat dinding dan susun atur. Kos untuk semuanya termasuk perabot tidak lebih daripada RM10,000.

Anda jangan terkejut!! Segala kerja-kerja seperti mengecat dinding dan pintu, pasang kertas dinding dan hiasan pada dinding semuanya di buat sendiri oleh Anith Syazana. Ini termasuklah dinding jalur hitam putih di ruang tamu.

Sekali pandang seperti menggunakan kertas dinding bukan tetapi sebenarnya menggunakan cat air.  

Jangan kata perempuan tak mampu nak mengecat. Hasilnya memang superb!

Pemilihan warna hitam dan putih secara tidak langsung mencipta ilusi luas pada ruang yang sebenarnya sempit dan terhad. 

Di tambah pula dengan penggunaan cermin menjadikan ruang tampil begitu sempurna. 

Catat Ulasan

0 Ulasan