About Me

Lihat Rahsia Terbesar Teh Genmaicha Untuk tubuh Anda

Lihat Rahsia Terbesar Teh Genmaicha Untuk tubuh Anda Ayuh amalkan meminum teh ini setiap hari!

Istilah genmaicha di dalam bahasa Jepun membawa maksud teh hijau yang dicampur bersama beras perang panggang. Beras perang berfungsi sebagai pengawal rasa pahit daripada teh hijau dan juga memberikan aroma karamel memikat selera. Teh ini juga digelar “popcorn tea”.
Banyak sebenarnya manfaat dan khasit teh genmaicha ini, yang antaranya adalah seperti berikut:
Kaya antioksida
Teh hijau mengandungi kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding black tea. Jika diamalkan, ia membantu meningkatkan sistem keimunan tubuh dan juga membuang toksin daripada badan.
Menurunkan tekanan darah
Membantu melawan hipertensi, selain memiliki bahan yang menjadikan badan lebih tenang.
Kesihatan jantung
Teh ini juga membantu mengurangkan risiko terkena serangan jantung.
Mengurangkan risiko kanser
Bahan semula jadi yang terkandung di dalam teh genmaicha iaitu catechins membantu melawan sel kanser.
Kaya vitamin
Teh ini kaya dengan sumber vitamin yang membantu mengelakkan obesiti dan diabetes, membakar lemak dengan baik, membaiki peredaran darah, mencerahkan kulit dan banyak lagi.

Catat Ulasan

0 Ulasan