About Me

Khasiat Biji Buah Betik Untuk Kesihatan Usus Buah Pinggang & Hati

Khasiat Biji Buah Betik Untuk Kesihatan Usus Buah Pinggang & Hati

Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2005 dan disiarkan dalam Jurnal Perubatan Makanan telah melaporkan bahawa biji buah betik yang telah dikeringkan dan dikisar halus berkesan membunuh parasit didalam usus dan ini dilakukan tanpa kesan sampingan.

Penyelidik telah menguji kesan biji buah betik kepada kanak-kanak Nigeria yang mempunyai parasit dalam usus dari sampel najis mereka. Hasilnya, lebih daripada 75% kanak-kanak yang diberikan dos biji buah betik kering bebas parasit selepas tempoh tujuh hari.

Sebenarnya,ramai yang tidak tahu bahawa biji buah betik sangat kaya dengan flavonoid,sebatian fenolik, protin, lemak, kalsium, fosforus dan magnesium. Ia juga berfungsi sebagai antioksida, anti-radang, anti-bakteria dan kesan terbaik antiparasit.

Di Universiti Karachi, penyelidik mendapati bahawa biji buah betik sangat berguna untuk membantu menguruskan penyakit buah pinggang dan mencegah kegagalan buah pinggang.

Masyarakat Jepun juga mempercayai bahawa mengambil satu sudu teh biji betik setiap hari boleh mengelakkan hati daripada ditimpa penyakit.

Sementara dalam Perubatan Tradisional Cina, biji buah betik yang menakjubkan ini telah digunakan selama berabad-abad lama untuk meningkatkan fungsi-fungsi utama hati dengan menghapuskan dengan berkesan toksin yang berbahaya.

Di Negara costa rica pula masyarakat disana mengamalkan makan biji buah betik beberapa kali seminggu bagi mengurangkan peluang mendapat demam denggi.

Cara-cara pengambilan biji buah betik untuk masalah usus:-

Campurkan 1 hingga 2 sudu teh serbuk biji buah betik yang telah dikeringkan ke dalam 1 cawan susu panas atau air suam. Minum pada waktu pagi semasa perut kosong selama 3 hari untuk membantu membersihkan jangkitan parasit dari dalam usus.

Sumber: Dr. Salwa

Catat Ulasan

0 Ulasan