About Me

Daun Kesum Ubati Kelemumur

Daun Kesum Ubati Kelemumur

Daun kesum sangat popular bagi masakan asam pedas ataupun laksa. Kalau tak ada daun kesum ni rasa macam tak lengkap masakan.

Walaupun ianya bukanlah satu kemestian atau tak letak dalam masakan pun tak apa, tapi daun kesum sebenarnya akan menambahkan lagi rasa termasuk aroma sesuatu masakan itu.

Kalau nak tahu, selain daripada menjadi penambah rasa pada masakan sebenarnya daun kesum ini mempunyai khasiat lain yang ramai orang tak tahu.

Antara khasiat yang terdapat pada daun kesum adalah;


1. Merawat Kelemumur
Jika anda mempunyai masalah kelemumur boleh lah cuba cara ini..,kisarkan satu ikat daun kesum sehingga lumat kemudian sapukan pada keseluruh bahagian kulit kepala.

 Biarkan seketika kemudian cuci bersih rambut seperti biasa. InshaAllah masalah kelemumur pada rambut anda akan pulih.

2. Mengubati Sakit Perut
Rebuskan daun kesum bersama satu cawan air sehingga mendidih, kemudian tutup api dan biarkan sejuk seketika. Minum air rebusan tersebut inshaAllah akan melegakan sakit perut anda. Daun yang direbus tadi juga boleh dilekapkan ke perut.

 Anda juga boleh mengamalkan minum air rebusan daun ini sebulan sekali untuk melancarkan lagi sistem pencernaan.

Jadi ibu-ibu, kakak-kakak, adik-adik diluar sana lepas ni boleh la beli banyak daun kesum ni ye. Kalau tak habis guna pun jangan risau daun kesum ni sangat senang untuk ditanam.

Pastikan rendam tangkainya sekerat kedalam bekas berisi air sehingga nampak akar-akar kecilnya mula tumbuh. 

Kemudian pindahkan sahaja ke dalam pastu dan pastikan hari-hari siram. Pokok daun kesum perlukan air yang banyak untuk hidup subur.
Sekian. Selamat mencuba!

Catat Ulasan

0 Ulasan