About Me

Petua Rawat Asma

Petua Rawat Asma
Lelah atau asma. Penyakit sebegini tidak boleh di pandang ringan kerana ia mampu menjadi serius. Kebanyakkan masyarakat kita memandang ringan penyakit asma atau lelah ini. 

Penyakit lelah atau asma ini adalah berkaitan dan genetik dan juga faktor luaran. Serangan penyakit lelah atau asma ini akan menyebabkan pesakit akan sukar untuk bernafas. 

Batuk yang berterusan tanpa demam, terutamanya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda-tanda kuat serangan asma atau lelah.

Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti habuk, bulu haiwan, lipas dan debunga. Punca lain berkaitan dengan asap rokok serta kimia di samping perubatan, seperti contoh aspirin serta kegiatan fizikal. Sekiranya tidak dirawat, gejala mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal.


Selain mendapatkan rawatan secara klinikal di pusat perubatan terdapat juga beberapa rawatan alternatif yang boleh di cuba. Dalam entry hari ini, teman kongsikan beberapa petua orang lama dalam usaha untuk merawat masalah lelah atau asma.

Cara pertama
Bahan-bahan yang di perlukan;
  1. Madu lebah (sesdudu)
  2. Getah betik (empat hingga 5 titik)

Campurkan kedua-dua bahan ini, lalu di minum bersama air yang telah di bacakan selawat.

Cara kedua
Bahan-bahan yang di perlukan;
  1. Petola (sebiji)
  2. Gula batu
Petola itu hendaklah dibuang bijinya. Kemudian masukkan gula baru dan di bakar atau grill sehingga masak. Kemudian, perah buah petola tersebut untuk di minum jusnya.

Selamat mencuba... Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan