Cara untuk tahu jantina bayi pada awal usia kandungan
Terdapat beberapa pertanyaan berkenaan gambar ultrasound scan yang menghasilkan imej dan menunjukkan lokasi placenta(uri) tersebut.
Lokasi uri itu pula dikaitkan jantina janin tersebut. Dalam erti kata lain, anda mampu mengetahui jantina seawal usia janin pada umur 6 minggu kandungan. Ianya juga turut dikenali sebagai Ramzis Method.
1) Peratusan ketepatan hanyalah pada kadar 97.2% untuk bayi lelaki(uri kanan rahim) dan 97.5% untuk bayi perempuan(uri kiri rahim).
Ala biar la baby keluar suprise sikit
Terdapat beberapa pertanyaan berkenaan gambar ultrasound scan yang menghasilkan imej dan menunjukkan lokasi placenta(uri) tersebut.
Lokasi uri itu pula dikaitkan jantina janin tersebut. Dalam erti kata lain, anda mampu mengetahui jantina seawal usia janin pada umur 6 minggu kandungan. Ianya juga turut dikenali sebagai Ramzis Method.
Untuk scan ultrasound yang biasanya dilakukan hanyalah dapat paling awal pada minggu ke 11 kerana ianya bergantung kepada sama ada anggota kelamin janin tersebut dapat dilihat dengan jelas atau tidak. Itu pun bukan 100% tepat.
Perkara ini sebenarnya terhasil daripada sebuah kajian yang diketuai oleh seorang doktor PHD dalam Sonography yang bernama Dr Saad Ramzi Ismail. Kajian cohort tersebut melibatkan lebih daripada 5000 janin dan merangkumi masa selama 10 tahun yang telah dijalankan di negara Canada(1997-2007)
Walaupon hasil kajian tersebut menunjukkan lokasi uri bertepatan dengan jantina janin tersebut, terdapat beberapa isu yang timbul untuk menggunakannya sebagai panduan.
Antaranya:
1) Peratusan ketepatan hanyalah pada kadar 97.2% untuk bayi lelaki(uri kanan rahim) dan 97.5% untuk bayi perempuan(uri kiri rahim).
2) Disebabkan usia janin yang masih awal dan uri tersebut mampu seolah olah bergerak daripada lokasi awal dalam rahim sepanjang usia kandungan sehingga kelahiran, mereka mengambil kira kajian dimana uri itu sendiri tidak bergerak dengan banyak sahaja.
3) Tujuan utama kajian adalah untuk mengenal pasti jantina seawal mungkin yang berisiko tinggi mewarisi penyakit2 genetik dan juga penyakit masalah chromosome seperti Klinefelters Syndrome, Turners Syndrome, Pseudo-Hermaphrodites dimana ibu bapa boleh diberi kebebasan dan peluang untuk tidak meneruskan kandungan tersebut atas sebab kesihatan(selective abortion on medical grounds)
4) Terdapat beberapa masalah etika kerana penggunaan teknik ini secara meluas dan konvensional kerana ianya akan menyebabkan sesetengah masyarakat seperti di negara China dan India dimana mereka lebih mementingkan anak lelaki berbanding perempuan. Itu merupakan faktor PALING UTAMA mengapa ianya tidak diguna pakai secara meluas seluruh dunia.
5) Tiada kajian2 lain yang seumpama kajian tersebut. Satu-satunya didalam dunia. Dunia perubatan memerlukan penilaian yang di dapat dihasilkan semula(reproducible studies/research) untuk menjadikan sesuatu itu sebagai policy kesihatan atau sarankan dalam amalam perubatan(scientific consensus/persetujuan saintifik)
6) Ianya juga hanya melibatkan kajian segelintir populasi manusia. Walaupon jumlah sample yang digunakan boleh digunakan pakai(extrapolate) kepada populasi dan masyarakat awam, lebih kajian perlu dilaksanakan sebelum penggunaannya secara meluas.
7) Satu lagi faktor utama adalah teknik menggunakan scan ultrasound ini adalah ianya amat operator-dependent(bergantung banyak kepada kemahiran pengendali). Ianya tidak dapat diselaraskan dan hanya teknik2 yang disebutkan dalam guidelines/protocol (garis panduan) mengikut saranan tegas diambil kira dalam kajian.
8) Modalities(jenis) ultrasound yg digunakan jugak berbeza antara satu sama lain. Ada yang transabdominal(yang selalu kita lihat digunakan, melalui atas perut). Ada yang transvaginal(melalui vagina). Terdapat perbezaan dalam keputusan jenis dan juga tahap kemahiran penggunaannya.
9) Dalam erti kata lain, apa yang hendak disampaikan adalah rujukan lokasi uri dapat tau terus jantina bukan lah 100% tepat. Terdapat banyak lagi confounding factors(faktor2 berbeza mempengaruhi keputusan) yang terlalu banyak untuk senaraikan disini. Senang cerita boleh tunggu smp minggu ke 11 supaya anggota kelamin janin lebih jelas kelihatan.
10) Saranan ahli2 yang terlibat dalam kajian itu sendiri TIDAK mengsyorkan penggunaan kaedah ini untuk mengetahui jantina janin. Sebaliknya ianya lebih berguna sebagai saringan dan pelengkap kepada scan pada umur janin 11 minggu untuk mengetahui sama ada janin ada masalah kesihatan atau tidak sahaja.
Ala biar la baby keluar suprise sikit
Kajian tersebut:
http://ift.tt/1pTyYuH
http://ift.tt/1pTyYuH
0 Ulasan