About Me

Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa?Sebab?

Wanita Berpantang Tak Boleh Makan Laksa? Ini Antara Sebabnya..

Pantang makan laksa sangat popular di kalangan wanita berpantang yang berasal dari negeri-negeri sebelah utara. Namun kini, telah menjadi ikutan masyarakat berpantang yang menetap di beberapa buah negeri lain. 


Ada yang sanggup berpantang makan laksa sehingga setahun dan tiga tahun lamanya. Semuanya kerana bimbang ia memudaratkan kesihatan setelah usia meningkat. Namun sejauh mana ia relevan dengan fakta yang sebenarnya.

Sekiranya dikaji bahan utama untuk membuat mi laksa terdiri daripada tepung beras, tepung gandum, tepung ubi, air panas dan air sejuk. Manakala pembuatan mi laksa pula melibatkan langkah menuangkan sedikit air panas ke dalam tepung gandum,tepung beras dan tepung ubi. 

Kemudian, ia digaul sebati dan dicampurkan dengan air sejuk. Dengan menggunakan acuan muruku, adunan ditekan ke dalam periuk, di atas api yang berisi air mendidih. Apabila mi laksa sudah terapung, ia diangkat dan ditos. Akhir sekali ia direndam ke dalam air sejuk dan ditos sebelum digunakan dalam hidangan.
Jika dilihat daripada aspek ramuan bahan mentah dan cara pembuatan laksa, anda tidak menemui apa-apa kekurangan makanan ini. Ia sama seperti makanan lain iaitu mihun, kue tiau atau mi kuning yang perlu melalui proses mengadun doh, terapan dan pendidihan sebelum terhasil. Jadi, mengapa laksa begitu popular mendapat tegahan daripada dijamah oleh orang-orang selepas bersalin? Mungkin ini antara alasannya.

Mi laksa dimasak dua kali
Antara tegahan yang popular adalah kerana laksa dikatakan sejuk dan berangin. Hal ini kerana proses memasak dua kali membuatkan ia dimasuki angin dan memakannya ditakuti menyebabkan wanita selepas berpantang mengalami sakit urat.

Sayuran "sejuk"
Timun dan nanas yang terdapat sebagai bahan sampingan dalam laksa boleh menyebabkan sakit urat dan menjejaskan kesihatan badan.

Ulaman yang boleh menyebabkan angin
Salah satu bahan dalam laksa yang dikatakan berbisa untuk wanita dalam pantang adalah bunga kantan dan daun kesum. Ia dipercayai tidak elok dan boleh mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang.

Kuah
Pilihan ikan yang dikisar sebagai kuah laksa juga tidak boleh sembarangan. Ikan kembung dikatakan akan menyebabkan kegatalan. Daun kesum yang dimasukkan dalam kuah juga dikatakan akan memberikan kesan badan tuduh badan ibu berpantang.

Catat Ulasan

0 Ulasan