Inilah Petua Nenek Moyang Untuk Rawat BENTAN Yang Ibu Bersalin WAJIB Tahu !!!
Orang tua-tua selalu pesan pada ibu berpantang supaya jaga diri masa selepas bersalin betul-betul. Jangan langgar pantang, takut nanti bentan. Apa itu bentan? Bentan bermaksud sakit semula setelah hampir sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin.
Maksudnya jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.
Seorang wanita yang juga perunding jamu berkongsi petua merawat bentan. Sangat mudah dibuat sendiri.
Alkisah ramai yang megadu terkena bentan dalam pantang, hari ini kita nak bagi tips untuk merawat masalah bentan.
Kita panggil sushi garlic. Tapi bukan dari beras pulut naa, kang tak pasal bentan makin mejadi-jadi. Guna beras nasi biasa saja tau.
Bahan-bahan
1) Nasi panas (lembik sikit)
2) Beberapa ulas bawang putih.
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.
#SHARE pada wanita di luar sana, kot² ada yang sedang berpantang. InsyaAllah moga bermanfaat.
Sumber: Facebook Norliza Mohd Salleh
0 Ulasan