Bacaan Selalu Salah.Ini Cara Betul Guna Alat Penimbang
Wanita dan penimbang berat badan memang tidak boleh dipisahkan. Namun begitu jangan salah guna penimbang berat badan.
Penimbang berat badan adalah alat utama dalam proses mengurangkan berat badan. Tetapi bila dan berapa kerap anda menimbang berat?
Apa pula jenis penimbang yang diguna? Dan sejauhmana menimbang berat badan itu membantu atau memburukkan lagi proses mengurangkan berat badan?
Haaa... semak info ini yang boleh dijadikan panduan dalam menggunakan penimbang berat badan...
Selepas ini, jangan ragu-ragu kalau tengok angka yang naik di penimbang sebab 13 cara di atas sudah buktikan yang anda memang berat banyak itu. Tak perlu salahkan penimbang lagi, ya!
Wanita dan penimbang berat badan memang tidak boleh dipisahkan. Namun begitu jangan salah guna penimbang berat badan.
Penimbang berat badan adalah alat utama dalam proses mengurangkan berat badan. Tetapi bila dan berapa kerap anda menimbang berat?
Apa pula jenis penimbang yang diguna? Dan sejauhmana menimbang berat badan itu membantu atau memburukkan lagi proses mengurangkan berat badan?
Haaa... semak info ini yang boleh dijadikan panduan dalam menggunakan penimbang berat badan...
1. Tetapkan apa yang perlu dibuat
Dah tahu berat makin naik, anda kena berhenti cara makan. Kaji balik apa yang boleh dimakan dan apa yang perlu ditolak tepi. Jangan asyik ikut nafsu makan, asal sedap... terus skip niat nak diet. Dan akhirnya nak naik penimbang pun fikir dua kali. Nak mudah, letak penimbang di bawah katil, confirm insaf nak makan banyak!2. Takut dengan penimbang?
Adakah anda rasa susah hati bila menimbang berat badan? Jika Ya, bermakna anda memang tak layak nak guna penimbang dan tak perlu niat nak kurus. Tetapi jika anda dalam program mengurangkan berat badan, atau anda memiliki masalah pemakanan dan perlu menambah berat badan, penting untuk UPDATE berat bedan dengan menggunakan penimbang.3. Timbang dengan kerap
Timbang seminggu sekali daripada timbang setiap hari. Kadangkala mereka yang menimbang berat badan setiap hari cenderung menjadi sedikit obsessif dengan tabiat tersebut. Anda mahu mengawal berat badan dan melihat sama ada turun atau naik. Tetapi janganlah sampai terlalu melampau melakukannya.4. Bangun tidur dan timbang
Waktu terbaik menimbang berat badan adalah pada waktu pagi terutamanya selepas buang air kecil tetapi sebelum makan atau minum.5. Seluar ketat bukan pengukur terbaik
Anda mungkin ada seluar yang boleh digunakan untuk memberitahu berat anda telah bertambah. Walaupun seluar anda longgar tidak bermakna itu penunjuk berat telah menurun. Sukar untuk menggunakan pakaian atau seluar sebagai pengukuar kerana kedua-dua benda itu cenderung untuk longgar dan anda tidak sedar sehinggalah berat naik. Memang baik kita memberi perhatian pada pakaian dan seluar tetapi menimbang berat badan dengan kerap memberikan anda lebih banyak maklumat dengan lebih cepat.6. Kekal pada satu jenis penimbang
Kekonsistenan adalah kunci utama. Gunakan penimbang yang sama setiap kali anda menimbang. Anda tidak perlukan penimbang mahal tetapi gunakan penimbang yang sesuai. Penimbang digital lebih tepat jika dibandingkan dengan penimbang analog.7. Pilih hari Isnin
Kebanyakan orang cenderung untuk kurang menimbang sebelum hari minggu dan lebih selepas hari minggu. Tolonglah pilih hari Isnin untuk menimbang. Jika anda menimbang pada hari Jumaat dan pada ketika itu berat telah berkurangan, mungkin anda akan jadikan perkara itu sebagai alasan untuk makan lebih pada hujung minggu. Jika anda menimbang pada hari Isnin, anda mungkin menyalahkan pilihan pada hari minggu yang menyebabkan berat badan naik. Keadaan ini memberi motivasi pada anda untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan pada minggu itu.8. Pilih penimbang lemak badan
Anda mungkin pernah lihat penimbang istimewa di gim yang mengukur peratus lemak badan tubuh. Jika anda mahu mengurangkan berat badan, lebih baik memilih penimbang jenis ini kerana ini memberikan maklumat lengkap berapa banyak lemak yang telah dikurangkan.9. Buat graf
Walaupun anda tidak mengikut rutin, masih banyak jenis penyebab dalam penambahan dan penurunan berat badan. Mungkin berat anda bertambah disebabkan garam yang diambil pada malam tu, atau air dalam sistem tubuh atau senaman berat yang dilakukan dalam masa terdekat. Melihat pada nombor yang tertera pada penimbang boleh menyebabkan anda rasa kecewa. Apa kata anda buat graf berat badan. Seiring dengan masa, berat anda akan berkurangan kerana anda tahu penyebabnya.10. Selaraskan penimbang
Jika anda penggemar teknologi berkaitan kesihatan, terdapat beberapa alat yang mengesan dan menjejak berat pada masa yang sama pada bila-bila masa. Mudah sangat jika anda mahu membuat graf berat badan harian apabila anda gunakan alat-alat ini.11. Bogel
Setiap kali menimbang berat, eloklah anda tidak berpakaian bagi mendapatkan berat yang betul. Bukan bayi saja boleh guna cara ini, anda pun boleh!12. Gunakan tali pengukur
Alat ini bukan untuk mengukur berat tetapi garis pinggang. Anda tidak perlu mengukur dengan kerap tetapi apabila melakukannya, beri perhatian pada lemak viscera, satu isu kesihatan berkaitan dengan perut buncit. Wanita yang memiliki perut lebih daripada 35 inci dikatakan memiliki kegemukan viscera.13. Periksa perut
Nak menilai lemak perut, sarungkan tali pengukur bermula daripada bahagian paling lebar di atas pusat atau di bawah pusat. Jangan tahan nafas. Bernafas secara normal dan bertenang sewaktu melakukannya.Selepas ini, jangan ragu-ragu kalau tengok angka yang naik di penimbang sebab 13 cara di atas sudah buktikan yang anda memang berat banyak itu. Tak perlu salahkan penimbang lagi, ya!
0 Ulasan