About Me

Halia Tua Kecutkan Rahim

Halia Tua Kecutkan Rahim- ramuan ini samgat sedap!!

Bagi semua wanita dan wanita selepas bersalin , ikuti petua ini untuk mempercepatkan proses mengecut dan merapatkan rahim atau peranakan.semua org mampu buat!!!


Rebuskan 


halia tua satu ketul besar@6 inci panjang
kulit kayu manis 3 btg
daun pandan 3 helai
gula merah 1/2 cawan( warna hitam)
jintan manis biji 2 sudu( yg ini membuatkan anda sukar nak telan so kalau tak masukkan pun tak apa tapi klu tahan.. Masukkan je)
biji halba 1 sudu
Biji pelaga 6
Bunga cengkih 6
air 4 mug

direbus semuanya sampai air tinggal 3 mug.

1 mug pagi dan 1 mug malam.
esok direbus semula bahan bahan yg didalam periuk tadi tapi kenalah tambah semula apa apa yg anda rasa perlu ditambah sedikit lg. kalau ikut saya..saya tambah halia!! selepas 3-4 hari boleh lah diperbaharui kesemuanya sekali.

Minumlah air rebusan ini 2-tiga kali sehari. Petua ini juga dapat membuang angin dan melawaskan pembuangan air besar.boleh diminum ibu yang sedang berpantang tetapi tidak boleh diminum ibu yang sedang hamil.

( Keterangan indonesia: Halba biasa juga disebut klabet/kelabat biasa digunakan untuk bikin kare, kelabat bisa di dapatkan / di beli di toko bumbu-bumbu)

Catat Ulasan

0 Ulasan