Tidak kiralah sama ada seseorang itu masih gadis atau sudah mempunyai cahaya mata, soal penjagaan wajah memang tidak boleh dianggap remeh.
Kalau boleh mahu wajah sentiasa jadi putih, halus dan berseri. Kalau banyak duit tak salah buat rawatan di spa,sebulan sekali sebagai tanda reward diri.
Tetapi anda juga boleh mencuba cara alami dengan hanya menggunakan bahan asas yang ada dalam peti sejuk atau dapur anda.
Perkongsian petua cantik wanita anak dua ini memang sangat terkesan hasilnya. Lihat sahaja perubahan pada wajahnya yang kelihatan cukup flawless dan glowing.
Wanita yang membahasakan diri sebagai Cik Ann hanya melakukan masker glowing ini pada hujung minggu sahaja.
Hanya dibuat seminggu sekali dan hasilnya memang wajah akan jadi glowing dan licin tanpa ada jerawat.
Sebelum ini dia juga pernah berkongsi masker yang dibuat daripada yogurt dan asam jawa tetapi kali ini hanya menggunakan yogurt sahaja.
Tanpa perlu mencuci dengan air dan hanya guna tisu basah untuk lap sebaik selesai menggunakannya.
Bahan Utama:
Yogurt
Madu
Soda bikarbonat
Tisu basah
Cara Memakainya:
Campur semua bahan dan sapu terus di muka. Ratakan hingga ke seluruh wajah.
Biarkan hingga kering. Tak payah cuci dengan sabun atau air supaya masker betul-betul meresap ke dalam kulit.
Selepas lap hasil memang nampak glowing tanpa perlu mengenakan bedak asas atau bahan mekap lain.
PESANAN CIK ANN
Tetapi Cik Ann pesan supaya tidak membuatnya hanya sekali sahaja, sebaliknya buat secara konsisten. Barulah hasilnya benar-benar mengejutkan.
Boleh Juga Saksikan Video Ini:
SUMBER: FACEBOOK NURRAIHAN ISMAIL
0 Ulasan