Kata orang betik dapat membantu menyejukkan badan. che petua selalu jugak makan buah betik, terutamanya betik yang dah siap potong yang dijual kat kat tepi jalan.
Makan bukan kerana tujuan apa pun, tapi sebab dah boleh dikatakan ‘penggila betik’… hehe…
Tapi memang tak dinafikan, antara manfaat selalu makan buah betik ni ialah ianya memudahkan proses ‘membuang’. Buang apa ke benda..? Hmmm, korang paham-paham kan lah sendiri. I think most of you know what i’m talking about. Kalu ada yang masih tak faham, korang makan lah betik.
Sepertimana kebiasaannya kita-kita ni tak ambil endah pun akan manfaat-manfaat lain dari sesuatu kejadian ataupun ciptaan Tuhan. Ye lah, ramai orang tahu pokok kelapa tu banyak gunanya, daripada daun, batang hinggalah ke buahnya. Tapi bila bercakap tentang buah-buah err.. tumbuhan lain, kita kurang mengambil endah. Pernahkah terdetik dalam hati apa lain-lain manfaat pokok betik..
Adapun rupa-rupanya pokok betik ni bukan setakat buahnya saja yang boleh dimakan, daun betik pun sebenarnya banyak manfaat dan kegunaannya. Haa.. che petua baru jumpa maklumat nie dalam satu buku petua dahulukala dan che petua nak kongsi ngan uols kat sini…
Merawat Demam Malaria
Bagi sesiapa yang menghidap demam malaria, selain daripada berubat dengan kaedah moden, boleh juga diikhtiarkan seperti mana amalan perubatan tradisional.
Tumbuk segenggam daun betik dan perah airnya. Air perahan tu dicampurkan pula dalam satu besen air bersih dan dikacau beberapa ketika. Mandikan pesakit dengan air daun betik nie selama dua atau tiga kali sehari. Kalau tak dapat nak mandi tu, lapkan ke seluruh badan. InsyaAllah, ikhtiar nie dapat membantu menyembuhkan demam malaria yang dihidapi.
Memperbanyakkan Susu Badan
Bagi para ibu yang sedang menyusukan anak dengan susu badan (breastfeeding) tapi merasakan susu badan tu kurang, cuba amalkan minum air rebusan daun betik. Amalan minum air rebusan daun betik dipraktikkan oleh kebanyakan wanita dahulu untuk memperbanyakkan air susu.
Satay Lebih Empuk dan Wangi
Bagi sesetengah pembuat satay, lazimnya daging satay yang telah siap digaul dengan perencah akan dibungkus dengan daun betik selama satu jam. Dengan cara ini, dagung satay tu akan menjadi empuk dan berbau wangi pabila dibakar. Hmm… tetiba lak rasa teringin nak makan satay ni… Adios, wa nak gi cari sate jap…
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
0 Ulasan