About Me

Air Rebusan Buah Ini Boleh Menghalang pelbagai Penyakit & Cegah Sakit Jantung

Air Rebusan Buah Ini Boleh Menghalang pelbagai Penyakit & Cegah Sakit Jantung

Seperti kata pepatah (China), satu jenis ubat membawa tiga jenis racun atau dapat dikatakan tidak satupun ubat yang 100% sesuai dengan satu macam penyakit.

Dalam kehidupan sehari-hari kita pasti sering atau pernah mengalami sakit ringan hingga teruk, minum ubat-ubatan berterusan juga tidak baik bagi tubuh. Jangan risau, sekarang anda dapat mencuba resepi khasiat dibawah ini, cara menyediakannya sangat praktikal dan mudah, hanya direbus dengan air mendidih.

1. Air Rebusan Apple
Cara Penyajian: Pilih warna kegemaran apple anda, dikupas kulit dan isinya, lalu rendam pada air mendidih.

Khasiat :
Dapat Mengubati Cirit birit Pada Bayi

Apple direbus dapat merangsang pertumbuhan probiotik dalam usus untuk mengubati keradangan usus. Jika dalam keluarga anda ada bayi yang mengalami cirit birit, anda boleh mencuba cara ini, biasanya setelah minum dua kali, sudah mengalami perubahan!
Menurunkan kolestrol

Apabila sudah dimasak, apple mengandungi Polifenol semula jadi dan kandungan Antioksida yang tinggi, sementara zat ini bertemu dengan sel-sel tubuh, setelah disintesis oleh sel-sel tubuh maka dapat menurunkan gula dalam darah dan kolestrol. Bagi yang memiliki gejala kolesterol tinggi atau setelah mengambil makanan yang banyak lemak boleh mencuba resepi ini !

2. Air Rebusan Betik
Cara Penyajian: Kupas kulit betik, tambahlah jumlah air yang tepat, susu dan gula batu, kemudian direbus.

Khasiat :
Melembabkan dan meremajakan kulit
Betik yang telah dimasak dapat menutrisi kulit kita, menjaga kesihatan paru-paru, menjaga kulit anda tetap tegang dan lembab, juga mengubat masalah panas dalam, dan mengubati batuk. Selain itu turut juga menstabilkan kolestrol dalam darah.

Betik terkenal dengan nutrisinya yang kaya dengan vitamin A yang berperanan dalam menyeimbangkan kolestrol dalam darah dan serat dari betik juga dapat membantu melancarkan pencernaan.Sesuai bagi pencernaannya yang kurang lancar.

3. Air Rebusan Kulit Limau Bali
Cara Penyajian : Gores dengan halus lapisan luar kulit limau, kupas isi jeruknya, masukkan semua bahan ke dalam air, setelah itu masak selama sepuluh minit. Tambahkan sedikit madu, lalu diaduk sampai sekata!

Khasiat : Mengurangi kahak, menghangatkan perut, juga mengurangkan lemak !

4. Air Rebusan Buah Peach
Cara Penyajian: sediakan dua buah peach, potong bentuk dadu setelah dikupas masukkan ke dalam air, tambahkan secukupnya gula batu, direbus beberapa minit.
Khasiat : Melancarkan peredaran darah

Buah peach berperanan dalam melancarkan kelenjar saliva, meningkatkan peredaran darah, bagi wanita yang memiliki peredaran darah lambat atau mudah untuk mengalami pembekuan darah, sangat berguna !

5. Air Rebusan Buah Berry Hawthorn
Cara Penyajian : Terlebih dahulu kupas kulitnya, kemudian tambahkan ubi sebanyak dua kali jumlah berry, selesai dimasak tambahkanlah sedikit madu sebelum diminum semasa suam.

Khasiat : Menambah nafsu makan
Nafsu makan anda bertambah, sampai boleh makan berkali-kali ! Rutin memakan buah Hawthorn ini, secara signifikan juga dapat mengurangi gejala gangguan pencernaan.
Tapi ingat setiap minum, jangan terlalu banyak!

6. Air Rebusan (Kurma Merah/Kurma Tiongkok)
Cara Penyajian: Cuci bersih kurma, lepas kulitnya, dan masak sampai mendidih.
Khasiat : Mencegah penyakit dan meningkatkan kekebalan tubuh.

Kajian menemukan, Kurma yang telah dimasak sampai matang menunjukkan efek yang sangat signifikan dalam mengurangkan perkembangan sel kanser. Dengan begitu sistem kekebalan tubuh kita juga akan meningkat, serta manfaat lainnya iaitu dapat mengoptimalkan kerja ginjal kita.

7. Air Rebusan Ketumbar


Khasiat :
* Mendetoksifikasi racun pada ginjal
Setelah ketumbar yang dipotong halus, masak dengan air sampai mendidih, kemudian disaring pisahkan dengan daunnya. Minumlah beberapa minggu, air rebusan ketumbar ini dipercayai dapat membantu menyingkirkan kadar garam dan racun pada ginjal. Dijamin anda akan merasa lebih segar dan kesihatan tubuh anda akan menjadi lebih baik !

* Ruam pada bayi
Jika ada bayi dalam keluarga anda mengalami ruam, anjurkan untuk memasak air rebusan ketumbar ini, boleh juga disapukan terus pada kawasan yang ruam. Terbukti sangat efektif !

8. Air Rebusan Kacang
Cara Penyajian : Masukkan kacang ke dalam air, setelah masukkan garam didihkan air.
Khasiat :

* Mencegah penyakit jantung
Ketika kacang direbus, zat antioksidan yang terdapat pada kacang akan meningkat hingga beberapa kali ganda! Zat ini sangat bermanfaat dalam mencegah penyakit jantung.

* Pencegahan infark serebral (kematian sel-sel otak yang disebabkan kurangnya oksigen)
Setelah dimasak, kacang mengandung Resveratrol yang tinggi, zat ini tidak hanya dapat mencegah penyakit, tetapi juga dapat mengawal oksigen dalam darah sehingga dapat mencegah matinya sel-sel darah pada otak (Infark Serebral).

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Catat Ulasan

0 Ulasan