About Me

Overnight Oats Yang Sedap, Confirm Tak Kembang Tekak. Sarapan Paling Sesuai Untuk Yang Nak Kuruskan Badan

Overnight Oats Yang Sedap, Confirm Tak Kembang Tekak. Sarapan Paling Sesuai Untuk Yang Nak Kuruskan Badan

Bagi yang dalam misi menurunkan berat badan, oat sepatutnya jadi pilihan terutama waktu sarapan.

Sebab bijirin ini membantu kita kenyang lebih lama, selain ada serat yang baik untuk penghadaman dan paling bagus ia boleh kurangkan kadar kolesterol.

Semua ini secara tak langsung akan bantu kita turunkan berat badan jika amalkan ia secara konsisten. Tapi masalahnya ramai yang kembang tekak bila makan oat kosong. Maklumlah rasanya tawar, hambar kan. Itu yang selalu membantut selera dan akhirnya kita ambil nasi lemak!

Tapi kalau ikut perkongsian Suzanah Zakaria, anda mesti teruja nak makan oat. Dia berkongsi cara sediakan hidangan oat yang  lebih sedap hingga buat kita makin bersemangat nak berdiet.

Kita buat overnight oats pulak


Menurut Suzana atau Anjeli awalnya dia memang amalkan oat kosong tapi tak lalu nak makan. Bagaimanapun berbeza sejak mengamalkan overnight oats, tiada masalah nak menikmatinya sebab sedap.

Paling best katanya badan pun dah makan ringan sebab lawas malah berat pun turun. Ha inilah yang kita mahu! Kalau dah ada oat kat rumah apa kata buat terus untuk breakfast besok. VK pun teruja nak buat nih!

Resipi Overnight Oats With Black Grapes

Bahan-bahan:


4sb rolled oats (apa-apa brand ya..no hal)
100ml fresh milk
1 sb natural yogurt (apa2 brand pun ok je)
1 sk chia seeds
7-9 biji kismis (Anjeli amik 9 biji..nombor ganjil sunnah😀)
1 sb madu @ 1sk chocolate syrup (mana2 pun boleh)
1 sb pumpkin seed
5-6 biji black grapes (lagi banyak lagi sedap sebenarnya, ikut suka uols)
Cara membuat:


✅ Campur je semua bahan dalam bekas. Anjeli suka mug kaca comel siap bertutup camtu. Cantik.
✅ Pastu simpan chiller semalaman atau 4 jam
✅ Esok pagi buat breakfast…Sedap weeiii…

TIP

✔ Better makan fresh. Boleh simpan limit 3 hari sahaja. Anjeli pernah try, .boleh makan tapi tak sesedap macam 1st day. Jangan simpan lama sebab takut masam. Ada susu, yogurt kan…paham-paham je ler weeyyy.
✔ Rolled oats tak perlu masak sebab ni jenis instant
✔ Kekacang tak perlu bakar ke panggang ke goreng ke sangai ke..wat ever..hahaha..korang campur je semua
✔ Anjeli beli mug tu dekat Giant.. RM4.99 sebiji.Comel kan..😍
Yang atas tu rolled oats ya…
Buah-buahan boleh tukar ikut suka. Contoh buah-buahan :
✅ Buah Delima
✅ Buah Strawberry
✅ Buah Blueberry
✅ Buah Naga
✅ Buah anggur hijau
✅ Buah anggur hitam
✅ Buah kiwi
✅ Pisang
Kalau uols tak suka kismis, boleh ganti dengan kurma.. dried cranberries ke atau apa saja buah kering. Selamat mencuba uols!

Sumber:  Suzanah Zakaria


Catat Ulasan

0 Ulasan