Perjalanan jauh memang sangat meletihkan, ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang berjam-jam terpaksa dihadapi pasti akan membuatkan anda merasa rimas dan tidak selesa.
Jika berada dalam keadaan begini, pastinya anda inginkan kereta berada dalam keadaan yang baik dan bersih kan. Tapi tak guna juga kalau hanya sekadar bersih di luar sahaja. Bagaimana dengan bahagian dalam, terutamanya pada bahagian panel.
Disini ada satu perkongsian bijak dari Encik Radi tentang bagaimana hendak mencuci bahagian dalaman kereta terutama pada panel pintu.
Bahan yang digunakan;
- Cuka
- Baking Soda
Caranya pula;
1. Campurkan baking soda bersama dengan cuka dalam air suam.
2. Kacau dan masukkan dalam botol spray.
3. Spraykan cecair tadi ke panel pvc kereta anda.
4. Gunakan berus lembut dan layang-layangkan pada bahagian yang kotor.
5. Lapkan dengan kain microfibre.
2. Kacau dan masukkan dalam botol spray.
3. Spraykan cecair tadi ke panel pvc kereta anda.
4. Gunakan berus lembut dan layang-layangkan pada bahagian yang kotor.
5. Lapkan dengan kain microfibre.
Selain daripada panel pintu anda juga boleh spraykan ke bahagian-bahagian lain dalam kereta. Baru lah bersih luar dan dalam. Bila ada feel macam kereta baru baru lah hilang rasa stress nak jalan jauh kan. Selamat mencuba!
0 Ulasan