Perkongsian oleh Deyana Hatazad,
Rahsia cantik 10 tahun lebih muda dari usia, Kakak DH suka minum suam dan kadang kadang sejuk pun best.
Luk Mek ini makanan tradisi korea, jepun dan china, ada lagi bahan2 lain tapi hakak DH pilih bahan bahan yang sesuai dengan orang Islam boleh makan.
Bahannya :
Kurma merah
Cendawan tremella ( kulat putih )
Barli
Longan kering
Kismis hitam
Stevia
Cara Caranya :
1) Rebuskan barli dan cendawan sampai lembut.
2) Masukkan kurma merah dan longan kering tak perlu lama sangat... agak agak je nanti kurma merah tu jadi tawar
3) Masukkan stevia sikit untuk rasa manis
4) Masa hidangkan baru letak kismis hitam
5) Boleh diminum suam atau sejuk
Kebaikannya :
* Menyejukkan badan
* Mengurangkan kedut
* Anti penuaan
* Meningkatkan kelembapan kulit
* Menangani jaundis pada bayi ( ibu mengandung boleh minum)
* Anti stress, anti bakteria dan anti oksida
0 Ulasan