About Me

Hebatnya Ais Kiub Timun,Pori Besar Jadi Kecil

Hebatnya Ais Kiub Timun,Pori Besar Jadi Kecil



Tidak semua individu bernasib baik untuk memiliki kulit yang licin, mulus dan flawless. Setiap individu memiliki masalah kulit yang berbeza-beza. Selain masalah jerawat dan jeragat, antara masalah kulit lain yang sering membuatkan anda runsing adalah masalah pori-pori yang besar pada wajah.

Terdapat pelbagai petua boleh dicuba tidak kira petua moden mahupun tradisional. Yang penting, ia sesuai untuk kulit muka anda. Sedang tular di laman Facebook kini adalah satu perkongsian petua untuk mengecilkan pori-pori pada wajah yang telah dikongsi oleh Nauf Safuan.

Menurutnya, ais kiub timun ini boleh membantu dalam mengecilkan pori-pori yang besar pada wajah. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan lingkaran gelap pada bawah mata dan membantu meredakan sunburn pada wajah. Yang penting, ia tidak mengandungi bahan kimia dan selamat untuk digunakan.

Berikut merupakan perkongsian Nauf Safuan tentang ais kiub timun ini. Semoga perkongsiannya bermanfaat untuk anda semua.

Foto: Facebook Nauf Safuan

Haa! Tip khas untuk anda yang ada pori-pori besar terowong menora.

Pori-pori terbuka ni, masalah ramai orang termasuk aku. Jadi aku akan pakai ni tiap hari supaya pori-pori aku ni cepat mengecil. Terutama kalau seharian kerja luar. Panas dan peluj. Balik aku akan terus apply ais kiub timun ni.

Selain tu, tip ni boleh juga untuk anda yang nak hilangkan kehitaman bawah mata. Atau nak atasi bibir kering pun boleh.

Getah yang ada pada timun ni sangat baik untuk membantu meredakan muka yang gelap akibat sunburn. Dengan pengunaan ais timun, kulit akan kembali kepada asal dengan lebih segera.

Bahan-bahan:

  • Timun
  • Mineral Water
Foto: Facebook Nauf Safuan

Cara penyediaan:

  1. Sagat @ blander timun.
  2. Asingkan hampas timun dan jus perahan timun.
  3. Masukkan hampas timun dalam ice trays.
  4. Masukkan dalam peti sejuk beku dan biarkan semalaman.
  5. Esok pagi anda dah boleh start pakai ais timun ni.
  6. Biar selama 10 minit dan bilas guna air bersih.
  7. Amalkan 2 kali sehari untuk kesan cepat.




Hasil ais kiub timun itu kemudiannya  disapu pada muka.

untuk lebih jelas tonton video dibawah

Good luck!
Good 




Catat Ulasan

0 Ulasan