CARA MUDAH HANCURKAN BATU KARANG DENGAN CEPAT.
Orang dulu-dulu kalau nak memasak mesti guna dapur kayu.
Pada waktu itu mana nak cari dapur gas macam sekarang ini, jadi waktu saya kecil dulu pergi le cari kayu api bersama emak saya.
Tapi mudah je nak cari kayu api masa tu sebab kebun gatah masih banyak lagi dan pada waktu itu mana ada ladang sawit semuanya ladang getah waktu itu, bila dapat kayu emak akan menggunakan akar daun mempelas untuk mengikat kayu supaya senang di bawa pulang kerumah, itulah rutin kehidupan kami pada waktu dahulu yang serba kekurangan.
Anak muda untung sebab tak payah cari kayu, lepas tu tak payah cari akar mempelas untuk buat tali sebab nak ikat kayu , ada sesetengah akar mempelas pun tak kenal apakah lagi khasiat dia.
Daun mempelas bukan sahaja boleh di buat kertas pasir tapi ia amat mustajab di gunakan sebagai penawar bagi orang yang bermasalah batu karang.
Dulu kalau orang jadi penyakit batu karang ayah saya akan cari tiga puluh helai daun mempelas dan tujuh biji beras lalu di tumbuk sampai hancur dan di campurkan dengan air lebih kurang satu liter air kemudin di tapis air tadi untuk di beri minum kepada pesakit,(sekarang ini mudah boleh guna belender je) dengan izin Allah sekejab je batu itu hancur.
Mudah sangat kalau penyakit batu karang kalau ikut petua orang dulu-dulu, tapi kalau sebesar bola ping pong tu pergi hospital je le.
Kredit Md Rosdi Hasan
0 Ulasan