About Me

CUMA 4 BAHAN REDAKAN BENJOLAN KELENJAR & PERIT AKIBAT KELENJAR DI BAHAGIAN PAHA/BETIS



CUMA 4 BAHAN REDAKAN BENJOLAN KELENJAR & PERIT AKIBAT KELENJAR DI BAHAGIAN PAHA/BETIS


Mak Aji ngadu sakit, pedih, perit banyak benjolan di pelipat paha & betis. Chef cuba untuk percepatkan proses meredakan kesakitan dengan petua ini.

Chef tak tau bahasa sains kejadian benjolan-benjolan nie, tapi kalau google dia keluar yang Bahasa Indonesia ‘kelenjar getah bening’.

Wujudnya benjolan ini akibat tindak balas antibodi untuk melawan kuman penyakit yang kita alami. So secara perubatan nak ubati benjolan nie adalah pengambilan antibiotik.

Tapikan kalau benda nie berlaku kepada warga emas macam Mak Aji, surelah memeritkan, sampaikan dia tak berani nak berjalan dan menapak sebab rasa bisa dan menyucuk jika benjolan ini ditekan atau bergesel.

So kita nie sebagai anak naklah bagi hal nie diredakan cepat, selain makan antibiotik Chef pown sediakan Tempek Daun Sambung Nyawa nieh. Pada mulanya cuma try-try jer, tapi Alhamdulillah, selepas 3 dos antibiotik Chef pown tempek benda nie lepas makan malam Mak Aji, surprisingly masa nak pakaikan pampers pada Mak Aji benjolan bahagian paha dah hilang then di bahagian betis ada sikit-sikit lagi tapi bila disentuh Mak Aji kata dah tak sakit. Jadi Chef rasa macam nak share with u guys semua.

Bahan-Bahan :
Kunyit Hidup (please lah buat apa2 DIY jangan pakai kunyit serbuk)
Beras (rendam sejam)
Daun Sambung Nyawa
Daun Pudina (untuk rasa lebih dingin dan menyenangka si pemakai)

Cara dia : masukkan satu persatu bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. Kemudian lumurkan di bahagian yang terlibat.

InsyaAllah kita berikhtiar, jadi jangan lupa berdoa agar dipercepatkan proses menyembuhkan.

Selamat mencuba.


Kredit : chefadza ishak



Perkongsian oleh Chefadza Ishak,



Catat Ulasan

0 Ulasan