About Me

Dapatkan Siku Dan Lutut Yang Cantik

Petua Siku & Lutut Cantik
Majoriti di kalangan kita berhadapan dengan masalah siku dan lutut kehitam-hitaman dan mati kutu. 


Bagaimana mahu merawat masalah ini sekali gus menjadikannya cantik seperti asal. 

Petua yang mudah diikuti ialah dengan memarut buah nanas segar yang telah dicuci bersih. 

Setelah mendapat kuantiti yang mencukupi, sapukan ia pada siku serta lutut. 

Gosok bahagian itu perlahan-lahan dan biarkan selama beberapa minit agar zat semula jadinya dapat memberikan kesan yang baik. 

Selepas itu bilas dengan air suam sehingga hilang rasa melekit. Keringkan dengan tuala bersih dan jangan lupa untuk menyapukan minyak bayi atau pun pelembap. 

Petua ini boleh diamalkan sekerap mungkin dan selamat menikmati hasilnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan