Kenapa kita kena tidur dalam gelap pada waktu malam?
‘Gelap’ itu satu keperluan untuk tidur. Pendedahan kepada cahaya pada waktu yang tidak sesuai iaitu pada masa hendak tidur akan menganggu putaran jam tidur dalaman badan kita.
Cahaya ini menghalang pengeluaran hormon Melatonin yang sangat diperlukan oleh badan kita.
‘MELATONIN’ adalah sejenis hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pineal yang terletak di otak kita. Ia juga dikenali sebagai ‘Sleep hormones’ atau ‘darkness hormones’.
Hormon Melatonin mempengaruhi proses tidur kita bermula dengan ia menghantar isyarat ke otak bahawa masa untuk rehat atau tidur telah sampai. Isyarat yang diterima akan menyebabkan perubahan pada fisiologikal badan kita iaitu otot-otot mula mengendur, rasa mengantuk, suhu badan mula menurun.
Hormon Melatonin mempengaruhi proses tidur kita bermula dengan ia menghantar isyarat ke otak bahawa masa untuk rehat atau tidur telah sampai. Isyarat yang diterima akan menyebabkan perubahan pada fisiologikal badan kita iaitu otot-otot mula mengendur, rasa mengantuk, suhu badan mula menurun.
Melatonin mula dikeluarkan apabila malam mula berlabuh dan akan meningkat dan mencecah paras maksima pada jam 3 pagi. Paras hormon Melatonin akan menurun pada waktu pagi.
Pendedahan kepada lampu pada malam hari akan menghalang pengeluaran hormon ini.
Hormon Melatonin ini bertindak sebagai:
- Kitaran semulajadi tidur bangun kita setiap hari.
Tidur yang nyenyak dan sempurna akan membantu pemulihan sel-sel keseluruhan badan kita.
- Ia menurunkan tekanan darah pada waktu kita tidur.
- Ia menurunkan paras gula dalam darah.
- Ia menurunkan suhu badan.
- Sebagai antioksidan yang sangat berkesan semulajadi badan untuk menghalang kita dari mudah kena jangkitan dan berperanan sebagai anti-penuaan dan masalah jantung.
- Bertindak sebagai anti ‘stress’ kepada tubuh badan dan psikologi seseorang.
- Meningkatkan imuniti badan dari serangan penyakit berjangkit.
Buka lampu ketika tidur,
Selain menghalang rembesan hormon Melatonin ini, ia juga meningkatkan paras ‘Cortisol’ dalam darah dan ia akan menghalang tidur yang nyenyak dan kesan lainnya seperti imbangan lemak yang tidak betul dan sel badan kurang peka kepada Insulin dan boleh menyebabkan penyakit kencing manis dan radang ‘sistemik’. Penyakit kronik mula timbul akibat tidur yang tidak nyenyak dan sempurna ini.
Satu kajian menunjukkan pendedahan kepada cahaya berterusan pada waktu malam akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat kanser payudara.
Sunnah Nabi adalah tidur dalam gelap, ikut sunnah pasti ada kejayaan!
Semoga tulisan ini bermanfaat untuk semua.
Semoga tulisan ini bermanfaat untuk semua.
Dr Rosli Abd Jalil.
0 Ulasan