About Me

Bintik Hitam Di Muka Hilang Guna Berus Gigi Je

Bintik Hitam Di Muka Hilang Guna Berus Gigi Je
Kaum wanita sering berdepan dengan masalah bintik hitam di muka. Selain jerawat dan jeragat kemunculan bintik hitam dan bintik putih akan menjadikan kulit wajah nampak kusam dan tidak berseri.

Bintik hitam selalunya boleh kelihatan di bahagian hidung, dahi dan dagu. Ia berpunca dari muka yang berminyak dan debu serta kekotoran yang melekat di bahagian tersebut. Kurang menitikberatkan penjagaan wajah akan menyebabkan lebih banyak bintik hitam dan bintik putih.

Ada segelintir individu yang gemar memicit keluar bintik hitam dan bintik putih. Biarpun cara ini dirasakan praktikal untuk menghilangkan bintik hitam namun ia sebenarnya menyebakan pori-pori bertambah besar dan membuatkan jerawat mudah tumbuh.

Adakah anda salah seorang yang mempunyai masalah bintik hitam pada muka? 

Jangan risau, ini ada jalan penyelesaian mudah yang anda boleh cuba buat di rumah. Dengan menggunakan berus gigi, masalah bintik hitam akan hilang dengan segera.

Bahan-bahan:
  • Sediakan 1 sudu teh ubat gigi
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • Air suam secukupnya
Langkah-langkah penyediaan:
  1. Cuci wajah sehingga bersih terlebih dahulu
  2. Ambil tuala dan celup ke dalam air suam, kemudian usap tuala tersebut pada kawasan berbintik. Tujuan ini adalah untuk membuka liang pori serta mencegah bakteria dari tangan dan kuku masuk ke liang pori.
  3. Sediakan satu bekas, campur ubat gigi, serbuk penaik dan air kedalam bekas tersebut. Kacau hingga rata.
  4. Sapu campuran ubat gigi tadi di bahagian berbintik hitam, gosok dengan berus gigi selama beberapa minit.
  5. Selepas gosok, korang biarkan 1-2 minit sebelum cuci muka korang dengan air suam.
Selamat mencuba!


Jika pori-pori nampak agak besar saiznya, anda boleh tekapkan ketulan ais untuk mengecilkan saiz pori. Pastikan anda menjaga kebersihan kulit wajah secara teratur. 

Gunakan produk pencuci wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Dan gunakan tuala yang kering dan bersih setiap kali selepas membasuh muka.

Apa yang penting adalah minum air suam secukupnya, kerana kekurangan air juga antara penyebab bintik hitam.

Catat Ulasan

0 Ulasan