9 CARA TURUNKAN BLOOD PRESSURE SECARA SEMULAJADI
.
Tekanan darah tinggi atau high blood pressure boleh membawa maut. Sebabkan strok. Undang serangan jantung.
.
Tekanan darah tinggi juga punca menurunnya kemampuan berfikir.
.
Biasanya tekanan darah tinggi dirawat dengan ubatan. Walaupun ia berkesan, tetapi ubat darah tinggi punya kesan sampingan. Antara laporan kesan yang selalu diterima ialah kebas sampingan dan kaki cramp, pening dan insomnia.
.
Bagaimana kalau mahu tangani tekanan darah tinggi secara semulajadi. Adakah caranya?
.
Hasil banyak kajian tunjukkan 10 cara ini berkesan turunkan tekanan darah tinggi.
.
1. Jalan laju - kajian dapati jalan laju dapat turunkan tekanan darah sehingga 8mmHg. Senaman bantu jantung guna oksigen dengan lebih efisien. Jantung tidak perlu bekerja keras mengepam darah.
.
2. Bernafas secara dalam - caranya ialah dengan menarik nafas melalui hidung secara perlahan pada kiraan 5. Tahan sebentar nafas pada kiraan 4. Lepaskan perlahan pada kiraan lapan melalui mulut.
.
3. Ambil makanan tinggi potassium. Menurut kajian dari Northwestern University, manusia perlukan 2000-4000mg potassiuk setiap hari.
.
Sumber terbaik potassium boleh diambil dari pisang, ubi keledek, beetroots, tembikai, bayam dan ikan salmon.
.
4. Elakkan garam - hati hati dengan makanan tinggi garam. Kebanyakan makanan segera, bergoreng dan dimasak di kedai punyai kandungan garam tinggi.
.
5. Ambil Dark Chocolate 70% ke atas atau minuman dibuat dari Dark Chocolate 70% ke atas. Flavanols dalam dark chocolate jadikan pembuluh darah lebih elastik atau anjal.
.
6. Ambil suplemen CoQ10 - kajian ke atas 12 penyelidikan dapati suplemen turunkan tekanan darah hingga 17mmHg/10mmHg. Sebabnya? Ia besarkan pembuluh darah.
.
7. Elak ambil minuman berkafein seperti kopi dan teh. Kafein sebabkan pembuluh darah mengecil. Kajian dari Duke University dapati pengambilan kopi tinggikan tekanan darah.
.
8. Minum Teh Hibiscus - kajian dari Tuft University dapati mereka yang minum teh ini turun systolic blood pressure sebanyak 7 poin dalam masa 6 minggu.
.
9. Belajar cara kurangkan tekanan atau stres - Cari hobi atau buat aktiviti chill out secara terancang. Selain membaca, zikir, meditasi, dengar muzik juga sangat membantu.
.
Tekanan darah tinggi boleh mengundang maut. Bahaya yang tidak terlihat. 9 cara ini bantu sekiranya dilakukan secara konsisten.
.
Perubahan bermula dari diri sendiri. Cari titik kekuatan. Besarkan titik itu. Bertindaklah.
.
Sekiranya anda didiagnos dengan darah tinggi, dan sedang mengambil ubat, dapatkan konsultasi dari pengamal perubatan.
0 Ulasan