About Me

Pulihkan Angin Ahmar Dengan Petua Warisan Ini

 Pulihkan Angin Ahmar Dengan Petua Warisan Ini

Antara penyakit yang ditakuti dan sering terjadi di kalangan rakyat Malaysia adalah Stroke atau nama lainnya Angin Ahmar.

Penyakit ini terjadi ketika pembuluh darah arteri yang membawa darah dan oksigen ke otak mengalami penyempitan atau terhambat, sehingga menyebabkan aliran darah ke otak sangat berkurang.
Jadi ia sangat berkait rapat dengan kolestrol yang mana jika tidak diambil berat ia akan akan terkumpul menebal dan mengakibatkan penyempitan pembuluh darah.
Penyakit Stroke boleh mengakibatkan pesakitnya lumpuh seluruh badan atauun lumpuh sebahagian badan. Ada mampu sempuh semula dan ada yang tidak.
Di bawah kami kongsikan antara cara-cara ataupun petua untuk membantu penyembuhan Stroke.

Petua sembuhkan Stroke / Angin Ahmar

Bahan-bahannya:

– 7 Helai Daun Serai Kayu Atau Daun Salam.
– 7 Helai Daun Durian Belanda Atau Daun Sirsak.
– 5 Gelas Air.

Cara penyediaan:

  • Campurkan semua bahan di atas ke dalam periuk tanah.
  • Rebus bahan di atas sehingga airnya menyusut tinggal agak-agak 3 gelas sahaja.

Cara penggunaan:
  • Air tadi hendakah diminum pada setiap hari sebanyak 3 – 5 kali sehari.
  • Amalkan setiap hari sehingga badan yang lumpuh pulih.
  • Jangan lupa selawat dan doa sebelum minum.
Selamat mencuba. Apa-apa pun ini adalah usaha sahaja. Kuasa penyembuhan adalah di tangan Allah jua. Namun usaha dan doa adalah tuntutannya. Jangan lupa juga bacakan ayat-ayat suci Al-Quran sebagai amalan bersama amalan petua ini. Sesungguhnya Al-Quran itu juga adalah penyembuh dengan kuasa Allah.
Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada ramai orang.

Catat Ulasan

0 Ulasan