About Me

Kunyit Dan Bawang Putih Cairkan Darah,Tapi Kena Ingat Pesan Doktor Yang Satu Ini

Kunyit Dan Bawang Putih Cairkan Darah,Tapi Kena Ingat Pesan Doktor Yang Satu Ini

Perasan tak kadang-kadang bila ada ahli keluarga kita terjatuh dan mengalami pendarahan, darah yang keluar susah untuk berhenti.Tapi ada juga terjadi, sesetengahnya begitu mudah kering.

Perbezaan cepat atau lambat ini sebenarnya ada  kaitannya dengan sel platelet dalam darah kita. Jika kurang itu yang  menyebabkan ‘darah cair’.

Namun jika terlalu pekat boleh pula menyebabkan penyakit arteri tersumbat dan sebagainya.Makanya darah tersebut perlu dicairkan untuk pastikan mengalir lancar di dalam tubuh.

Dan ini perkongsian dari seorang saintis buat yang akan menjalani pembedahan untuk mengelakkan berlakunya pendarahan yang serius.  Jom baca moga bermafaat.


KUNYIT DAN BAWANG PUTIH SEBAGAI ‘UBAT’ CAIR DARAH

Kunyit dan bawang putih boleh membantu mencairkan darah. Walaubagaimanapun, pesakit yang akan menjalani pembedahan perlu elakkan mengambil kunyit sebagai makanan tambahan kerana kunyit boleh meningkatkan risiko pendarahan.


Fenomena ini dikenali sebagai blood thinning iaitu darah menjadi cair dan susah berhenti. Keadaan mungkin menjadi bertambah buruk jika kunyit diambil bersama ubat-ubatan moden seperti aspirin, warfarin, dadah antiplatelet dan ibuprofen.

Insiden pendarahan juga boleh berlaku jika kunyit diambil bersama herba seperti mengkudu, cengkih,bawang putih, halia, Ginkgo biloba dan Panax ginseng.


Serbuk kunyit juga mengandungi bahan kurkuminoid dan berkesan untuk membantu masalah buasir. Caranya adalah dengan memanaskan serbuk kunyit bersama minyak kelapa dara, dibiarkan sejuk dan diaplikasikan pada bahagian yang sakit.

Bawang putih kaya dengan organosulfur, sejenis bahan yang mempunyai manfaat kesihatan. Bahan ini boleh membantu menurunkan kolesterol, menghalang pembekuan darah, mencegah penyakit jantung dan boleh bertindak sebagai antikanser.


Dalam bawang putih, tindakbalas enzim diperlukan bagi membentuk bahan berkhasiat organosulfur. Walau bagaimanapun, enzim ini boleh rosak jika bawang putih dimasak pada suhu tinggi. 

Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat. Selepas itu barulah ditambah air panas dan diminum

Sumber : Dr. Suri Roowi

Catat Ulasan

0 Ulasan