About Me

KENCING MANIS dan RAWATAN TRADISIONAL

KENCING MANIS dan RAWATAN TRADISIONAL

1. Rempah Kayu manis
Orang kita ni memang la cukup suka masukkan rempah kayu manis dalam masakan. Masak kari, masak kicap mesti ada kayu manis dalam ramuan utama.
Rasa dan aroma masakan kita jadi begitu berbeza dan menyelerakan, bila adanya rempah kayu manis ni.
Orang barat pulak, lagi lah advance. Segala macam produk ada perisa kayu manis. Ais krim, biskut, cip kayu manis sebagai manisan pun ada.
Malah ada yang buat pencuci muka dan skrub. Oklah tu, 👍 rajin buat sendiri produk organik. Cik No pun seminggu 2 kali buat jugak scrub ni. Memang best.
Kayu manis ni sangat lah banyak kebaikannya untuk pesakit kencing manis. Kalau nak tau, kayu manis ni jugak dah di jadikan ubat tradisional di seluruh dunia.
Antara kebaikan kayu manis untuk pesakit kencing manis ialah :
- menurunkan serum HbA1C pada pesakit jenis 2.
- boleh kontrol gula dan lemak pada pesakit ni dengan meningkatkan sensitiviti insulin & kawalan glukosa darah.
- Kayu manis ni pulak mengandungi 18% kandungan polifenol dalam berat kering.
Info pasal kajian ni ada dalam Journal Of The American Board of Family Medicine (ABFM). Bukan Cik No buat pandai sendri ye.
2. Rempah Daun Kari.
Sebut pasal kari, siapa yang tak suka makan kari kan. Rempah yang berasal dari india ini sangat di gemari ramai manusia di seluruh dunia. Siang malam makan kari. 😂
Resepi kari juga ada pelbagai, dan kari orang melayu di tambah santan untuk rasa lemak dan berminyak.
Sebut tentang daun kari, khasiatnya untuk kencing manis pun sangat lah banyak.
- Daun kari boleh bantu stabilkan tahap glukosa darah dan memberi kesan kepada metabolisme karbohidrat.
- Daun kari ni mengandungi fitokimia. Bahan yang bantu kawal tahap gula dalam darah pesakit Diabetes jenis 2. Dia kurangkan paras gula darah pesakit.
Ini pulak dari hasil kajian dalam Penyelidikan Pembangunan Jurnal Antarabangsa.
3. Halia
Salah satu bahan wajib di dapur. Setiap rumah ada untuk masak sajian yang sedap-sedap.
Sangat bagus jugak untuk buang angin dalam badan & untuk hilangkan bau hamis dari ikan yang kita masak tu.
Dapat minum teh halia panas-panas masa hari hujan memang terbaiklah 😊
Tapi, sebenarnya ada banyak lagi khasiat halia untuk merawat kencing manis termasuk :
- untuk normalkan kadar gula dalam darah.
- untuk legakan perut dan bantu sistem penghadaman.
- rendahkan jumlah serum kolesterol, trigliserida.
- tingkatkan tahap kolesterol HDL yang baik untuk kesihatan.
Kencing manis ni penyakit yang menyebabkan sistem pencernaan kita terganggu. Jadinya pesakit kencing manis ni ada masalah refluks asid. Bila dorang ambil halia, halia ni boleh bantu untuk berikan kelegaan di seluruh saluran pencernaan.
Itu sebab cannella sangat bagus untuk membantu pesakit kencing manis tau. Sebab dalam #Cannella ni kan dah ada Kayu manis Ceylon dan halia ni. Di tambah pulak beberapa bahan semula jadi yang lain dan jugak madu asli.
Jom rawat kencing manis dengan Cannella. Jangan lupa follow No Or untuk banyak lagi petua dan tips.

Catat Ulasan

0 Ulasan