About Me

Kurma Merah, Barli & Longan Banyakkan Susu Ibu.Begini Caranya

Nak Banyakkan Susu Badan? Boleh try.
Resepi Kurma Merah, Barli & Longan Kering Rebus
.
.


Cara-caranya ialah:
1. Basuh bersih-bersih buah kurma dan longan kering tadi. Kurma merah tu, sebaiknya dibelah dua dan dibuang biji dulu kalau ada. Kalau taknak pun takpe.

2. Toskan selepas basuh dengan bersih.
3. Rebus kesemua buah ini dan barli dalam periuk ikut tenggelam buah atau sukatan air, terpulang kepada masing-masing nak banyak mana.

4. Kalau mahu buat pekat, boleh diletak sedikit gula merah, kerana kemudian boleh diminum dengan menambah air masak sahaja.
5. Rebus buah-buah ini selama 15-30 minit. Agak-agak nampak air macam dah makin keruh macam air teh tu dan nampak sumenye telah lembut..bolehla tutup api dapur.
6. Simpan ke dalam bekas yang bertutup dan letak di dalam peti sejuk.
7. Apabila mahu minum, tambah sedikit air masak. Kalau lebih suka minum suam-suam, boleh ditambah air suam.

Selamat mencuba dan melihat hasilnya!!..
"Abang, nanti belikan kurma merah & longan kering tau".
Tag pasangan anda

Catat Ulasan

0 Ulasan