About Me

Ulam Pegaga Popular Di Luar Negara...Ramai Tak Sangka Ini Sebabnya

Ulam Pegaga Popular Di Luar Negara...Ramai Tak Sangka Ini Sebabnya

Kini, terdapat pelbagai produk di pasaran berasaskan herba, sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Khasiat semula jadi daripada ulam-ulaman menjadikannya antara menu pelengkap terutama pada waktu tengah hari.

Centella Asiatica atau lebih dikenali sebagai daun pegaga merupakan antara ulam-ulaman yang menyimpan 1001 khasiat dan popular bukan hanya di Malaysia, tetapi juga di luar negara seperti di barat. Khasiat daun ini bukan hanya untuk dalaman tetapi juga luaran seperti kecantikan atau kejelitaan wajah wanita.

Penyakit Alzheimer biasanya akan berlaku dan menyerang golongan yang sudah berusia tetapi dengan khasiat yang terdapat dalam pegaga ia dapat melindungi anda daripada penyakit berkenaan. Fungsinya dapat meningkatan melindungi pembentukan plak dan sel-sel serta meningkatkan daya ingatan dan menguatkan saraf.

Selain itu, mengamalkan pegaga dapat melancarkan peredaran darah dan mengelakkan dari risiko pembengkakan seperti di kaki atau tangan kerana darah tidak berjalan dengan lancar. Apabila peredaran darah tidak sampai ke otak ia boleh menyebabkan strok.

Tidur yang tidak cukup boleh menganggu emosi seseorang dan mengurangkan kefokusannya kepada sesuatu kerja. Kebanyakkannya akan menggunakan jalan penyelesaian dengan makan ubat tidur, sedangkan mereka boleh cuba makan ulam pegaga atau jusnya bagi membantu merawat insomnia.




Menurut beberapa kajian yang telah dilakukan, hasil menunjukan manfaat yang terdapat dalam pegaga dapat mempercepatkan proses penyembuhan luka contohnya terkena objek yang tajam dan memastikan tulang anda sentiasa sihat dan melegakan sakit sendi.

Rawatan penyakit secara semula jadi menggunakan ulam-ulaman dan herba adalah alternatif yang baik selain makan ubat-ubatan. Mangamalkan ulam-ulaman secara berkala dapat mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Catat Ulasan

0 Ulasan