About Me

Cara Betul Guna Air Garam Atasi Rambut Gugur Dan Kelemumur

Cara Betul Guna Air Garam Atasi Rambut Gugur Dan Kelemumur

Rupanya mencuci rambut dengan air garam boleh elak rambut gugur dan kelemumur. Malah mencuci rambut dengan air garam juga boleh melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala.

Kini anda tak perlu lagi berhabis duit untuk mengatasi masalah rambut gugur dan kelemumur lagi. Air garam jawapannya!

Cara nak guna air garam


  1. Letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen.
  2. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit.
  3. Urut lembut kulit kepala supaya liang-liang rambut boleh menyerap kandungan garam dengan cara yang sempurna.
  4. Bilas rambut anda dengan air bersih. Ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
  5. Hasilnya akan kelihatan selepas 1 bulan kemudian.

Kebaikan air garam pada rambut

                                

1. Menyingkirkan Kelemumur

Saat kepala kita penuh dengan kelemumur, itu tandanya bahawa kepala kita telah dijangkiti oleh bakteria. Membersihkan rambut dengan air garam boleh menolong kita menghapuskan bakteria degil ini. Namun jika alami masalah alergi diingatkan agar terus berjumpa doktor

2. Rambut Kelihatan Lebih Segar 

Air garam boleh menolong kita bersihkan kepala dari minyak, bakteria, serta kotoran-kotoran yang lain. Hasilnya akan menyebabkan rambut kelihatan lebih segar serta berkilat.

3. Mengawal Minyak Berlebihan

Rambut jenis berminyak ialah kumpulan rambut yang paling mudah gugur. Oleh kerana itu anda perlukan air garam sebagai pengawal minyak berlebihan yang akan membuatkan rambut anda menjadi lebih sihat.

4. Mengelak Keguguran

Air garam boleh membuatkan rambut jadi lebat serta menutup rapat liang-liang kulit kepala hingga masalah rambut gugur tidak lagi dialami.

sumber:Maskulin

Catat Ulasan

0 Ulasan