About Me

Ubat Gigi Pulihkan Kuali Berkerak

Ubat Gigi Pulihkan Kuali Berkerak

LONDON – Ubat gigi bukan sahaja membersihkan gigi daripada sisa makanan dan bau mulut namun ia juga didakwa mampu membersihkan kerak hangus pada kuali.
Klip video petua pelik itu telah dikongsi dalam grup 5-Minute Crafts di Facebook pada Januari lalu tetapi muncul semula di laman sosial tersebut baru-baru ini.
Berdasarkan rakaman selama 27 saat itu, ubat gigi perlu diratakan pada bahagian kuali yang hangus sebelum disapu dengan menggunakan span dalam gerakan berbentuk putaran seterusnya dibilas dengan air panas. Proses itu diulang sehingga kuali bersih sepenuhnya.


Klip video tersebut mendapat ratusan komen di Facebook dengan kebanyakan netizen mahu mencuba petua itu. – Agensi

Catat Ulasan

0 Ulasan