About Me

Petua Menjala Udang Supaya Mengena Habuannya

 Petua Menjala Udang Supaya Mengena Habuannya



 Petua Menjala Udang Supaya Mengena Habuannya

Biasanya bila atok menjala udang , ada perkiraan tertentu, bukan main redah buta saja.

Pertama atok akan pilih hari hari pada musim air pasang besar iaitu 1, 2, 3..... 13, 14, 15, 16, 17, 18......28, 29, 30 haribulan taqwim hijrah.

Ini kerana udang agak aktif ketika itu.

Ke 2 - lokasinya alur sungai atau pantai  yang ada udang .

ke 3- Waktunya ialau waktu air mula pasang hingga separuh penuh 

         3 jam ).

ke 4- Keadaan air- celup tangan dalam air, rasa sedikit suam tidak 

         terlalu sejuk, warna air sedikit keruh tidak terlalu jernih.

ke 5- cuaca- kalau hujan lebat siang berpanjangan, udang pun sangat kurang .

ke 6- Waktu- biasanya atok menjala ketika air mula pasang tengah malam , sekitar 12 malam ke atas.



Semua sop ni atok ikut dengan ketat, 

Biasanya hasil agak memuaskan. Purata 3 jam menjala dapat sekitar 4 kg, adakalanya kalau musim udang banyak 3 jam dapat sampai 15 kg. Bukan udang saja, ikan belanak, sotong katak pun ada. Kadang kadang sotong katak dapat sampai 2 kg ke 3 kg.

Tapi sekarang Port Klang ni banyak tempat dah tercemar semua tu dah sangat kurang. Nak dapat udang 1 kg pun sakit.

sumber petua:Mohd Salleh Mazukhi

Catat Ulasan

0 Ulasan