About Me

Lihat Apa Berlaku Bila Kita Minum Teh Hijau Setiap Hari

Lihat Apa Berlaku Bila Kita Minum Teh Hijau Setiap Hari

Bila terlebih makan barulah kita mula mencari teh hijau kerana teringat akan khasiatnya yang mampu membakar kalori. 

Ini kerana setiap satu satu cawan teh hijau lebih kurang 150 ml, boleh membakar 25-30 kalori, dan setiap 250 ml minuman ini mampu meluruhkan 40 kalori.

 Namun hakikatnya manfaat teh hijau bukan setakat itu saja. Terdapat banyak kelebihan teh ini dan atas sebab itu ia disaran untuk menggantikan minuman berkafein tinggi yang tidak baik untuk kesihatan.

Teh hijau mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan khasiatnya tidak sekadar menyihatkan tubuh, kulit dan rambut malah berupaya menghalang pertumbuhan sel kanser.

Sekiranya anda mengamalkan minum teh hijau, enam perkara berikut juga akan berlaku pada tubuh.

1. Lebih bertenaga
Teh hijau memiliki kafein yang membakar lebihan kalori sekaligus memberi tambahan tenaga.  

2. Lebih relaks
Selain antioksidan, teh hijau mengandungi Theanine yang membantu mengurangkan perasaan stres dan cemas. Malah amalan minum teh hijau setiap hari akan membantu anda untuk berasa lebih relaks dan tenang.

3. Memori lebih tajam
Dalam jangka pendek, satu atau dua cawan teh hijau sehari dikatakan meningkatkan perhubungan sel-sel otak yang berkait dengan memori.

4. Membantu menurunkan berat badan
Minum teh hijau sebelum bersenam bukan saja memberi tambahan tenaga tapi juga meningkatkan  metabolisme tubuh.

5. Jarang sakit
Setiap cawan teh hijau mengandungi antioksidan yang fungsinya meningkatkan sistem imuninasasi. Jika ditambah dengan perahan lemon pula ia membolehkan khasiat ini diserap lebih baik oleh tubuh.

6. Kulit makin mulus
Minum teh hijau melindungi kulit dari radikal bebas dan mengurangkan kerosakan kulit akibat sinar matahari. Sementara daun teh hijau juga berguna untuk meredakan jerawat yang timbul pada wajah.
Melihat akan senarai manfaat teh hijau, ada baiknya kita mulakan rutin minum teh ini secepatnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan