Wanita Berkahwin Perlu Amalkan Minum Air Halia Panas, Baru Suami Sayang!:
Sama ada memasukkan hirisan halia dalam air putih, teh atau direbus bersama bahan lain, penggemar air halia panas akan mendapat banyak khasiat. Bukan saja membantu melangsingkan tubuh, ia juga membuang angin dalam badan malah menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit.
Wanita berkahwin juga mendapat manfaat tersendiri dari minuman ini. Jadi jika belum mengamalkannya, boleh mulakan dari sekarang.
Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Logiknya, ketika mengambil sedikit kalori dan membakar lebih banyak kalori maka berat badan akan lebih cepat turun.
Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya.
Sama ada memasukkan hirisan halia dalam air putih, teh atau direbus bersama bahan lain, penggemar air halia panas akan mendapat banyak khasiat. Bukan saja membantu melangsingkan tubuh, ia juga membuang angin dalam badan malah menguatkan sistem pertahanan tubuh dari penyakit.
Wanita berkahwin juga mendapat manfaat tersendiri dari minuman ini. Jadi jika belum mengamalkannya, boleh mulakan dari sekarang.
1. TURUNKAN BERAT BADAN
Halia mengandungi unsur yang membantu melancarkan sistem metabolisme tubuh. Sebab itulah ia banyak digunakan dalam produk menurunkan berat badan.Selain itu minum air halia juga berupaya mengurangkan nafsu makan sesuai untuk anda yang sedang diet. Ia turut membantu perut berasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.
Logiknya, ketika mengambil sedikit kalori dan membakar lebih banyak kalori maka berat badan akan lebih cepat turun.
2. ATASI MASALAH PENCERNAAN
Perut kembung, cirit birit atau kejang di bahagian perut ketika datang bulan cuba minum air halia panas. Ia boleh mereda dan merehatkan usus seterusnya mengatasi masalah ini.3. HILANGKAN LOYA KETIKA HAMIL
Minum air halia antara petua untuk mengatasi rasa loya atau mual sama ada kerana mabuk laut dan kehamilan. Apabila meneguk minuman ini otot-otot perut akan relaks dan melenyapkan rasa mual.4. SISTEM IMUN TUBUH MAKIN KUAT
Kandungan dalam halia membantu membersihkan sistem limfa, mengeluarkan racun dan membunuh bakteria yang menjadi punca penyakit.5. MENGHANGATKAN RANJANG
Bagi yang sudah mendirikan rumah tangga, info ini penting untuk diketahui. Pengambilan halia secara semula jadi membantu melancarkan perjalanan darah dalam tubuh termasuk ke organ reproduksi. Manfaatnya nafsu untuk seks juga akan bertambah terutama buat yang merancang menambah zuriat.Disebabkan semua manfaat inilah sejak zaman berzaman lagi banyak petua menggunakan halia diperturunkan oleh nenek moyang kita. Jadi tak rugi jika kita amalkannya.
0 Ulasan