KULIT TEMBIKAI BOLEH MENGHILANGKAN DAKI PADA KULIT KEPALA?
Kebersihan diri amat penting bagi seseorang individu tidak kira jantina lelaki mahupun perempuan.
Ini kerana kita perlu sentiasa menunjukkan penampilan diri kita yang kemas dan bersih. Jika tidak ia boleh mengganggu orang sekeliling kita. Yelah kan, bayangkan jika kita ingin berurusan dengan orang tetapi badan berbau, rambut tidak kemas, pakaian berbau semestinya ia akan membuatkan orang sekeliling kita berasa tidak selesa.
Terdapat pelbagai cara untuk kita menjaga penampilan diri sama ada dengan menggunakan petua tradisional atau pun jalan yang lebih mudah dengan hanya menggunakan pewangi sahaja.
Namun, bagi wanita yang bertudung, bekerja di luar dan mereka yang menaiki motor pergi ke kerja atau ke mana-mana khususnya yang memakai helmet akan membuatkan kulit kepala cepat kering dan berdaki. Apabila berpeluh menyebabkan rambut berbau nak pula bila pakai helmet.
Jadi, admin akan kongsikan satu petua tradisional mudah untuk menjaga kulit kepala tanpa perlu membeli syampo dan perapi rambut yang mahal.
Anda boleh gunakan kulit tembikai untuk bersihkan kotoran pada kulit kepala. Caranya adalah seperti berikut;
- Ambil bahagian dalam kulit tembikai (yang berwarna putih), gosok kulit kepala anda secara perlahan-lahan. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu, bilas bersih. Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dan daki serta kotoran.
Semoga petua itu dapat membantu anda diluar sana yang menghadapi masalah seperti ini. Selamat mencuba !
0 Ulasan