Selain dari menjaga kebersihan dan kecantikan wajah serta tubuh badan, kuku juga penting. Ia perlulah dijaga rapi setiap masa demi menjamin penampilan yang baik buat diri sendiri serta meningkatkan keyakinan kala berhadapan dengan orang ramai.
EH! singkap petua berkesan untuk menjaga kebersihan dan kecantikan kuku yang anda boleh amalkan di rumah.
Limau Nipis
Potong limau nipis kepada dua bahagian. Gosokkan ke atas kuku serta biarkannya selama beberapa minit. Bilas dengan air. Praktikal amalan ini untuk pastikan kuku sentiasa cantik dan sihat.
Bawang Putih
Kupas kulit bawang putih dan bersihkannya. Tumbuk sehingga lumat dan gosokkan bawang putih tadi ke atas kuku. Cuci dengan air sehingga bersih. Kuku akan lebih berkilat dan dalam masa yang sama bawang putih boleh menguatkan struktur kuku. Ia baik dalam mengatasi masalah kuku mudah rapuh.
Belimbing Buluh
Gosok buah belimbing buluh terus ke atas permukaan kuku. Selepas itu, rendam kuku di dalam air suam yang telah dicampur garam untuk hasil yang lebih efektif. Biarkan ia kering dengan sendiri. Untuk kesan lebih baik, sapukan minyak zaitun. Amalkan petua ini untuk atasi masalah kuku kusam dan mudah kering.
Lemon
Kandungan vitamin C yang tinggi dalam lemon mampu membuatkan kuku tampak lebih cantik dan berkilat. Hiris beberapa kepingan buah lemon. Sapukan hirisan lemon di atas kuku untuk beberapa minit. Bilas dengan air. Amalan ini boleh membantu dalam mengatasi kuku yang kekuningan.
Kulit Tembikai
Percayalah yang kulit buah tembikai boleh memberikan efek kuku yang lebih berkilat dan bersih. Caranya adalah dengan menggosok kulit buah tembikai ke atas permukaan kuku. Biarkan ia mengering. Cuci dengan air sehingga bersih.
0 Ulasan