Mulut adalah salah satu organ manusia yang memiliki fungsi cukup penting, selain makanan, air, virus dan juga berbagai bakteria juga masuk melalui rongga mulut.
Oleh itu berbagai masalah mulut akan berlaku, mulai dari gusi bengkak, hingga bau mulut. Masalah tersebut muncul kerana kurangnya rawatan, tidak kurang juga berpunca dari makanan yang kita ambil. Namun bau mulut ini dapat diatasi dengan cara dibawah :
1. YOGURT
Tahukah anda pencernaan yang baik akan membuat kurangnya nafas berbau. Jadi, pengambilan yogurt, produk yang tinggi dengan kandungan prebiotik ini mampu menghapus produksi bakteria jahat yang biasanya hidup di sistem pencernaan.
2. LOBAK
Sayuran yang kaya akan vitamin A dan tinggi serat ini sangat membantu mengatasi masalah bau mulut, makanan dengan kadar serat tinggi ini dapat membantu pengeluaran air liur lebih banyak dan semulajadi, dan di dalam air liur terdapat compound yang mampu menghalang pertumbuhan bakteria penyebab bau mulut.
3. LEMON
Jenis makanan seterusnya yang dapat mengatasi masalah bau mulut adalah lemon, meski tidak cukup signifikan mengatasi bau mulut namun buah lemon cukup baik untuk mengatasi masalah tersebut.
4. BUAH_BUAHAN YANG MENGANDUNGI BANYAK AIR
Makanlah buah-buahan yang mengandung cukup banyak air di setiap buahnya, seperti halnya limau, tomato, epal, dan sebagainya, untuk menjaga agar mulut selalu dalam keadaan segar dan kelenjar yang ada di sekitar mulut aktif mengeluarkan air liur yang akan membunuh bakteria penyebab bau mulut.
Perbanyakkan makan buah yang mengandung vitamin C tinggi, seperti limau dan sebagainya, vitamin C dipercayai sangat berkesan untuk membunuh pelbagai jenis bakteria yang memenuhi mulut. Begitulah tips yang sangat berkesan bagi mengatasi masalah bau mulut.
Semoga bermanfaat. Silakan Share
sumber : dokter.id.com
0 Ulasan