Sudu dan garpu yang baru dibeli sememangya nampak begitu menarik dan cantik sekali. Namun, kelihatan kusam apabila seringkali menggunakannya.
Tentu anda mahukan sempena Hari Raya nanti sudu-sudu dan garpu-garpu kelihatan lebih menarik dan berkilat seperti baru dibeli bukan?
Anda boleh menjadikan perkakas itu kelihatan baru semula dengan merendamkannya ke dalam bekas berisi air dan kulit nanas selama beberapa jam.
Kemudian basuh dengan pencuci seperti kebiasaan. Hasilnya tentu menakjubkan! Selamat mencuba!
Oleh:Imah Mingguan Wanita
0 Ulasan