‘Ukup Wangi’ Dengar namanya pun jarang-jarangkan? Apatah lagi nak kenal jenis rawatannya. Buat mak-mak generasi baru terutama yang umur 30-an itu, ukup wangi ini lebih kurang macam bertangas basah.
Bagi wanita bersalin, ukup wangi akan digunakan dalam aktiviti penutup pantang. Penyediaan ukup wangi ikut perbidanan adat Melayu, bidan akan menggunakan bahan-bahan yang wangi. Misalnya:
Bunga-bungaan
Limau purut
Daun pandan dan sebagainya.
Menurut Perunding Jamu, Norliza Mohd Salleh, ukup wangi sesuai dilakukan oleh anak dara. Biasa bagi orang dulu, ukup wangi akan dilakukan kepada anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga dalam waktu terdekat.
Cara Penyediaan Ukup Wangi
1. Rebus air bersama daun pandan sehingga menggelegak.
2. Selepas itu barulah letakkan bahan-bahan seperti bunga dan limau bagi mengekalkan kesegaran ketika berukup.
Ukup wangi dilakukan seperti bertangas basah. Sama ada kain diselubung dari satu badan atau hanya paras pinggang ke lantai saja. Wap ukup wangi akan dihalakan ke daerah miS V.
Khasiat ukup wangi : melancarakan perjalanan darah, memberi keharuman dan sebagainya.
Sumber/Foto : Norliza Mohd Salleh
Manakala daripada sumber Ensiklopedia Perbidanan Melayu, Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan Dan Penjagaan Kesihatan, karya Anisah Barakbah pula menjelaskan rawatan ukup wangi dapat membantu menghilangkan bau badan, terutama di bahagian ketiak dan bahagian alat sulit di samping memberi kesan kesegaran dan mengharumkan seluruh badan.
Kaedah rawatan yang dikongsikan ini turut memberi bahan-bahan penyediaan ukup wangi:
2 – 3 botol air mawar
7 helai daun pandan – hiris halus
3 biji limau purut – potong nipis
1 genggam akar wangi
1 genggam bunga melur
1 genggam bunga mawar
Cara menyediakan :
Masukkan semua bahan ke dalam periuk tanah dan tutup dengan daun pisang sebelum didihkan.
Memulakan ukup wangi
1. Letakkan periuk di dalam tong tangas.2. Tebuk daun pisang untuk mengambil wapnya.
3. Bagi memastikan wap tidak keluar, berselimutlah dari paras leher ke lantai dalam posisi di atas tong tangas.
Lakukan Senaman Tarik Nafas Semasa Bertangas
Mak-mak yang nak dapatkan kekuatan otot saluran sulit dan rahim dinasihatkan amalkan senaman tarik nafas semasa bertangas.Caranya, mulai kiraan sedaya yang mampu sehingga mencapai kiraan kemutan melebihi 30 kali.
Tarikan nafas hendaklah melebihi 30 kali dilakukan dari ari-ari serta perut dan dilepaskan dengan lembut melalui mulut dalam keadaan rehat.
Jangan lakukan tarikan nafas dan melepaskannya secara gopoh atau pernafasan biasa.
Cara yang baik adalah dengan menarik nafas panjang, kemudian tahan nafas sambil mengempiskan perut (kiraan hingga 10) dan dengan lembut lepaskan.
Rehat seketika dengan bertenang. Seterusnya ulangi hingga kiraan mencukupi.
Rujukan : Ensiklopedia Perbidanan Melayu, Sebuah Perbendaharaan Ilmu Perubatan Dan Penjagaan Kesihatan
0 Ulasan