Ramai Tak Tahu Khasiat Sebenar Makan Nasi Berulamkan Pucuk Daun Kari
Daun kari selain menjadi bahan wajib untuk menyediakan masakan kari dek kerana aromanya yang sedap.
Diakui juga, banyak khasiatnya untuk kesihatan apabila dimakan mengikut pangalaman orang dulu-dulu.
Diakui juga, banyak khasiatnya untuk kesihatan apabila dimakan mengikut pangalaman orang dulu-dulu.
Pun begitu, tidak semua antara kita menjadikan amalan memakan daun kari ini sebagai keniasaan. Menyedari ini, puan Gee Fauziah mengumpulkan beberapa perkongsian ilmu berkenaan khasiat daun kari ini.
Jom lihat perkongsiannya itu.
Sarapan pagi ni nasi lemak dengan pucuk kari. Orang dok cakap pokok kari depan rumah tu dah banyak pucuk. Ambik buat ulam sedap tu. Banyak khasiat. Walau taktau sangat khasiat apa. Cuba la jugak sikit. Alhamdulillah memang sedap sungguh. Ada yang penah makan ka ulam ni?
Sebab ramai kongsi petua dan khasiat daun kari ni, saya edit dan compile kat sini. Boleh sama2 sihat dan awet muda.
Masni Mat SaadTerang mata
Noriyah YahyaByk kalsium..bgs untuk gigi n tulang..x yah beli susu anlene dah
Cahaya Petunjuk Nor HidayaBaguih untk Keputihan
Halimah AliSaya makan pucuk kari 2-3tangkai setiap pagi bersama 3helai daun jarum 7 bilah, selawat baca doa kesembuhan. Alhamdulillah dh lebeh 6tahun sembuh. sebelomnya saya makan setiap hari 2biji 3kali sehari ponstand.pil ni lagi kuat dari panadol,telan panadol langsung tk berkesan.saya dapat ilmu makan daun kari dari seorang penjual jamu katanya untuk migren.
Aida Afrinadaun kari ni pucuknya org ckap mlmbatkan penuaan.wallahhualam…
Jamilah MatPucuk kari ni bgus utk dlaman wanita..sya blajar mkn ulam daun kari ni dgn arwah mak mertua
Zura Ibrahimprevent kanser. bagus pucuk dan daun kari. org kata bangsa yg kurang kanser ialah org india pasal selalu letak daun kari dlm masakan sudah tentu kari depa
Rayyan HarrazSedap pucuk kari lps mkn kuar angin
Hasmuni AbdullahPeluh badan pun wangi…
Siti RaudahPucuk kari, menghilangkan bau badan yg tidak enak
Chinta Darin Sofeasaya suka pucuk kari buat ulam. . .lawas air besar. .
Riza RazifUtk kurangkan kolestrol dalam badan … doc. Sdr yg suruh makan ..sehari setangkai daun kari
Nora Zimahyg kturunan kencing manis nak elak mkm 7 helai 1 hari selama 3 bulan jgn lupa selawat
Ini pula perkongsian info daripada Uztaz Amir Hussain.
Ramai cakap sedap makan dengan sambai nyioq, sambai belacan, budu dan goreng celup tepung.
Kiriman :Gee Fauziah Razali via MAHN
0 Ulasan