5 HERBA DARAH TINGGI DI SEKITAR ANDA YANG ANDA TAK PERASAN
Senarai herba di bawah ini mungkin belum pernah anda ketahui mampu membantu menurunkan tekanan darah.
Nak tahu apa saja herba darah tinggi yang terbukti mampu menurunkan tekanan darah tinggi?
Semak huraian berikut!
BAWANG PUTIH
Dalam sebuah kajian di Amerika, seorang penyelidik membuktikan bahawa bawang putih yang diuji dalam sebuah meta-analisis rawatan darah tinggi menunjukkan pengurangan signifikan pada tekanan darah sistolik dan diastolik. Bawang putih juga berkhasiat melancarkan peredaran darah kerana kemampuannya dalam mencairkan sel-sel darah yang pekat.
MINYAK IKAN
minyak ikan boleh menurunkan tekanan darah kerana suplemen ini mengandungi DHA (docohexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid). DHA inilah zat terpenting yang mampu menurunkan tekanan darah.
BUAH APRIKOT
Aprikot mengandungi 1,400 mg potasium dan 15 mg sodium. Buah ini juga kaya akan zat besi yang baik untuk kesihatan. Yang paling menarik, aprikot mengandungi sedikit garam kerana kandungan sodiumnya yang rendah sehingga buah ini disyorkan untuk menjadi herba darah tinggi. Hanya saja, pengonsumsian aprikot tanpa diiringi pengambilan air yang seimbang boleh menyebabkan dehidrasi.
GANDUM DAN SERAT
Pengambilan gandum sebagai makanan harian tidak hanya dianjurkan untuk pesakit darah tinggi. Sifat gandum yang lebih kaya serat berbanding nasi putih juga bagus untuk menjaga kenormalan kadar gula darah dan kolesterol, terutama gandum yang diproses beserta seratnya (whole grain) .
Serat juga boleh diambil dari pengambilan buah-buahan segar. Perpaduan menu yang sihat dari gandum dan serat ini misalnya, bijirin dan sos epal.
LAVENDER
anda tahu bunga lavender?
Bunga ini tak hanya mampu mengusir nyamuk dengan aromanya yang khas. Penyelidikan menunjukkan bahawa mengurut dan menggosok tubuh dengan minyak bunga lavender boleh mengurangkan tekanan darah sehingga 50 peratus.
Menakjubkan, bukan?
Penyelidikan ini dilakukan oleh Universiti Creighton. Lavender berfungsi sebagai vasodilator yang melebarkan dan membuat rileks pembuluh darah sehingga aliran darah menjadi lancar dan tekanan darah dapat diturunkan. Agar mendapatkan hasil yang maksimum, anda boleh aplikasikan minyak lavender sebagai pelembab tubuh atau dicampur dengan air ketika mandi.
Tentu tekanan darah anda akan turun 50 peratus jika rawatan ini rutin dilakukan. Bunga Lavender juga boleh digunakan dalam bentuk teh dan bermanfaat untuk menyembuhkan insomnia dan sakit perut. Apa anda berminat menanam lavender di rumah?
Kenapa tidak?
Apabila anda mendengar herba darah tinggi, mungkin fokus anda terus beralih pada jamu-jamuan berasa pahit yang dijual pedagang keliling. Tetapi, ternyata tidak selalu demikian.
Ubat herba darah tinggi tak selalu minuman yang tak menggugah selera. Buah-buahan, sayur-sayuran, serat dan makanan lazat lain boleh menjadi penolong anda dalam menurunkan darah tinggi.
0 Ulasan