KHASIAT ASAM GELUGUR YANG WAJIB ANDA TAHU
Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam.
Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain.
Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik.
Daunnya pula mengandungi serat, karbohidrat, alkoloid, vitamin dan mineral. Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.
REBUSAN ASAM GELUGUR
Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepat kan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.Ternyata asam gelugur atau nama botani nya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan.
0 Ulasan