About Me

PETUA GUNA TELUR REBUS UNTUK RAWAT ANAK DEMAM.MEMANG MENJADI

PETUA GUNA TELUR REBUS UNTUK RAWAT ANAK DEMAM.MEMANG MENJADI

Saja nak share pengalaman. Kita ni sebagai manusia mampu ikhtiar saja. Selebihnya Allah yang tentukan.

Siapa pernah dengar pasal petua telur rebus ni dan pernah cuba? Nanti share lah.

Masa umur Asyraf cukup 1 tahun baru2 ni, tiba2 dia demam. Nilah first time dia demam. Masa berjarum sejak baby belum pernah pula demam.

Ibu mana yang tak risau bila anak sakit kan. Tapi saya tak nak bagi ubat. Lantaklah sapa nak kecam pun. Saya usaha guna cara tradisional dulu. Walaupun orang sekeliling dah suruh bagilah ubat, bagilah ubat. Tapi saya tegas kata NO!

HARI PERTAMA DEMAM
Pagi tu Asyraf okey. Tengahari dah start suam2. Saya syak dia nak demam. Petang tu memang dah panas badan dia. Saya mandikan guna air suam. Panas tu ada turun sikit.
Tapi tak lama, panas balik. Malamnya, saya guna petua lumur air asam jawa. Guna air suam jugak. Ramas2 asam jawa dengan air suam. Kejap2 saya tuam dia guna air tu.

HARI KEDUA DEMAM
Pagi tu saya mandikan lagi guna air suam. Kejap ja panas badan tu surut. Tapi lepas tu start suam2 balik. Saya rajin lap badan Asyraf guna air suam.

Petangnya lepas mandikan dia, baru teringat nak cuba petua daun bunga raya. Pergilah petik. Ramas2 daun bagi keluar lendir lepas tu lumur dekat satu kepala Asyraf. Kejap je kering tapi panas tak surut2 juga.

Malam tu, Allah gerakkan hati saya untuk cuba petua telur rebus. Petua ni senang sangat tu yang saya buat. Tak fikir apa, lepas tidurkan Asyraf terus pergi dapur dan rebus 2 biji telur.


Telur yang dah direbus sampai betul2 masak/kuning jadi keras.

Bila telur dah masak, sejukkan sikit, lepas tu saya balut dengan kain yang nipis sebab telur masih suam2. Asyraf masih tidur. Saya golek2 kan telur rebus tu dekat seluruh badan dia. Setengah jam jugalah aktiviti menggolek tu.

Dah siap golek, saya perasan juga panas badan Asyraf dah kurang. Dan tidur dia lebih lena dari malam2 sebelum ni. Saya tinggalkan Asyraf dan pergi dapur.

Saya kopek telur tu nak pisahkan putih dan kuning dia. Slow2 saya buat takut kuningnya pecah.

Bila tengok, terkejut saya sebab kuning telur tu menggerutu jadinya. Saya ambik sebiji lagi baki telur yang dah rebus tadi dan saya kopek juga nak tengok perbezaannya.
Memang ada beza. Yang telur rebus biasa, permukaan dia licin je. Yang buat untuk golek tu je menggerutu.

HARI KETIGA DEMAM

Paginya saya mandikan Asyraf lagi dengan air suam. Lepas dia siap mandi, saya ulang lagi golekkan telur rebus dekat badan dia. Tengahari tu badan dah kurang panas. Suam2 sikit je. Petang tu saya cakap kalau tak okey lagi, pergi klinik lah.

Petang tu alhamdulillah Asyraf dah tak panas badan. Suam pun tak. Alhamdulillah. Lega betul hati saya.

SEPANJANG 3 HARI DEMAM :
- Saya cuma mandikan dia guna air suam. Kalau lap badan dia pun, saya gunakan air suam. Saya rajin lap dia.

- Saya tak bagi pakai baju atau seluar. Kalau pakai pun, yang nipis atau style lubang2 tu. Kadang bagi pakai pampers je. Tidur tak selimutkan dia.

- Asyraf tetap aktif bermain dan makan minum seperti biasa.

- Asyraf masih susu badan dan sepanjang demam, dia kuat menyusu dan saya rajin susukan dia tak kira pagi petang tengahmalam.

- Masa golekkan telur rebus, saya fokuskan tempat yang panas macam dekat kepala, belakang telinga. Tapak kaki pun saya golek.

- Jangan makan telur yang dah digunakan lepas rawatan.

- Dari yang saya baca, ada yang guna sebiji telur je. Saya guna 2 biji tapi lain2 waktu. Setiap kali golek, ambil masa setengah jam.

Catat Ulasan

0 Ulasan