Pulihkan Demam Anak Dengan Daun Semambu
Hari ni saya nak share sedikit
Petua Hilangkan demam Anak (1 tahun ke atas) Dengan Cepat Menggunakan Daun Semambu
Ramai antara ibubapa yang tidak tahu cara jika tiba2 anak demam … Dan ada di antaranya terus gelabah hantar anak ke hospital. Tapi sebenarnya ibubapa tidak perlu khuatir.. ada cara paling berkesan untuk hilangkan demam anak secara berkesan… Anak2 ini sebenarnya mempunyai sistem pertahanan tubuh sendiri yang boleh sembuh tanpa bantuan ubat-ubatan kimia.
Kebanyakan anak2 ini demam kerana kurangnya kandungan air di dalam badan/ badan terkejut dengan persekitaran yang tiba2 berubah suhu/oleh bakteria2 virus.. banyak kemungkinan di sini…
Selalunya demam ini menyerang anak2 ini pada waktu malam.. Tanda2 demam ialah mereka menunjukkan kurang aktif . Jika kurang aktif waktu malam(anggaran pukul 8-11 malam) Ibubapa seharusnya kena peka dan berjaga malam.. Sebab waktu malam anggaran 2 pagi-5 pagi waktu kritikal anak ini akan demam yang mengejut.
Jadi jika sudah ada terdapat tanda2 demam ini perkara Pertama yang perlu dilakukan ialah berikan anak minum air dan MANDIKAN anak itu.
1) SEBELUM memandikan anak, sila basuh MUKA anak terlebih dahulu, diikuti kaki tangan dan kemaluan anak….
2) Untuk memandikan anak sediakan BASIN BESAR yang bole diisikan air hingga ke paras pinggang anak..
3) Letakkan alat permainan yang bole terapung yang bole anak tersebut bermain apabila air sudah diisikan di dalam basin ..
4) Ibubapa MESTI sentiasa memantau anak yang di dalam basin tersebut.
5) JANGAN tinggalkan anak tersebut bersendirian di dalam basin itu..
6) Semasa anak bermain di dalam basin itu ibubapa SENTIASA ALIRKAN AIR di kepala anak & SENTIASA buat urutan lembut di seluruh badan dan kepala anak. Ini bertujuan untuk melancarkan peredaran darah anak..
7) Biarkan anak mandi selama setengah jam di dalam basin tersebut sehingga anak sudah menggigil kesejukan baru dikeluarkan anak itu.
Selepas mandi anak itu akan terus tidur dan anggran waktu 2-5 pagi ini bergilir2 lah antara suami dan isteri untuk memantau anak.. MANA2 ibubapa yang bekerja SILA AMBIL CUTI selama 1 hari untuk menjaga anak betul2.. sebab pemantauan yang berterusan ini anak hanya demam 1 hari sahaja… JIKA anak dihantar ke rumah pengasuh, tidak akan sama seperti kita yang jaga/pantau!!!!! Kerana anak yang demam ini PERLU diberi PERHATIAN KHUSUS supaya tidak terjadi serangan sawan yang akan meyebabkan anak menjadi terencat.. Kebanyakan anak yang demam dan hanya dipantau ala kadar saja peratusan anak mendapat sawan/ terencat SANGAT TINGGI!!!!
Jadi ibu bapa PERLU/WAJIB Menjaga anak yang demam secara SERIUS!!! Jangan memandang Remeh!!!
Ok Berbalik kepada cerita anak demam ini…. Pada Waktu SIANG pula, mandikan anak dengan DAUN SEMAMBU. Caranya : (JIKA TIADA DAUN SEMAMBU CUKUP MANDIKAN ANAK DI DALAM BASIN.. CARANYA SAMA SEPERTI DI ATAS DAN DI BAWAH INI… BEZANYA TIADA DILETAKKAN DAUN SEMAMBU)
(Daun semambu sangat mudah didapati terutama di taman permainan dan di tepi2 jalan di sekitar perumahan…)
1) Sediakan air separuh basin
2) Masukkan daun semambu di dalam basin yang berisi air tadi
3) Ramaskan daun semambu sehingga hancur.
4) Letakkan anak di dalam basin tersebut.
Sebelum meletakkan anak di dalam basin, basuh dulu muka, kaki, tangan, dan kemaluan anak sebelum di letakkan di dalam basin
5) Letakkan anak di dalam basin tersebut
6) Mandikan anak menggunakan air semambu tadi(jangan dibuang air semambu itu guna air itu berulang kali dengan meletakkan air tersebut di KEPALA dan BADAN ANAK…
lakukan secara berterusan semua di dalam basin itu. Lakukan sehingga setengah jam sehingga anak menggigil kesejukan. Jangan lupa buat urutan semasa memandikan anak.
Lakukan perkara di atas sehingga 3 kali @ lebih dalam sehari jika badan anak merasa panas. Gunakan air semambu yang baru setiap kali mandikan anak… Dan pastikan Anak minum air. Insyaallah demam anak akan kebah pada sebelah malamnya….
P/S: JIka demam anak tidak kebah sehingga 3 hari terus dibawa ke hospital untuk periksa demam denggi!!!!!
P/s: Anak yang demam perlu perhatian yang lebih!!! Jadi WAJIB setiap ibubapa ambil peranan ini… Walau sesibuk mana pon kita kesihatan anak perlu DIUTAMAKAN!!!!
JIKA kita pilih kerjaya kita dapat kerjaya… jika pilih ANAK kita dapat kejayaan dan anak… Renung2kan..
Makhluk yang menyerupai manusia
0 Ulasan