About Me

Tips Bagi Pesakit Gout Sedut Asid Urik Hanya Dengan Buah Nona

Tips Bagi Pesakit Gout Sedut Asid Urik Hanya Dengan Buah Nona
Bukan hanya lelaki di usia 30 hingga 60 tahun, kini ramai juga lelaki muda yang menderita dengan penyakit gout. Ia berpunca daripada gaya pemakanan yang tidak terkawal, selain tidak aktif melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Asid urik merupakan kumuhan yang terhasil daripada protein purin. Apabila asid ini berlebihan di dalam badan, ia akan terkumpul dalam kawasan sendi seperti di ibu jari, 
belakang kaki, buku lali, lutut dan beberapa kawasan sendi yang lain.

Selain perubatan moden, rawatan tradisional yang menggunakan bahan semula jadi turut dijadikan alternatif bagi mengubati gout.

Ustaz Md Rosdi Hasan di laman Facebooknya berkongsi petua mudah mengeluarkan asid urik dari sendi kaki yang bermasalah dengan gout menggunakan buah nona.
Jom ikuti perkongsiannya.


CARA MENGELUARKAN ASID URIK

Siapa sangka buah nona boleh menyedut Asid Urik dari sendi kaki kita yang bermasalah dengan gaut.

Asid urik ini adalah salah satu dari komponen karbon, nitrogen, hidrogen dan oksigen.
Bila asid ini berkumpul di sendi, kita akan merasa sakit yang tidak terbayang, orang yang biasa jadi gaut sahaja pandai menceritakannya bertapa sakit bila di serang gaut.

Di muka buku ini saya nak ajar bagaimana nak mengeluarkan asid ini dengan cara mudah.



Caranya:

1. Cari sebiji buah nona yang masak.

2. Lalu hancurkan buah tersebut dan tampal pada tempat yang sakit. Kalau boleh balut tempat yang ditampal dengan buah nona itu supaya buah yang hancur itu tidak jatuh bila kita tidur.

3. Buat pada waktu malam semasa hendak tidur, jangan terkejut bila bangun pada pagi keesokannya isi buah tadi menjadi hitam kemerahan dan tempat yang sakit pula tidak sakit lagi seperti semalam.

Catat Ulasan

0 Ulasan