Segelintir orang muda pada zaman sekarang tidak lagi mengenali pisang merah ini kerana ianya dianggap pelik dan jarang dijumpai.
Hanya golongan usia mak ayah kita sahaja yang mengenalinya.
Hanya golongan usia mak ayah kita sahaja yang mengenalinya.
Pisang merah atau lebih dikenali sebagai pisang raja udang ini mempunyai mitos yang tersendiri iaitu disebalik kisah pisang ini yang memepunyai kulit luar berwarna merah.
Menurut beberapa sumber, ada yang mengatakan pisang ini tidak boleh dimakanoleh mereka yang berketurunan Melayu Rawa.
Sejauh mana kepastian itu tidak dapat diketahui. Tetapi secara faktanya, pisang ini mengadungi khasiat yang hebat untuk kebaikan kesihatan.
Pisang merah ini bersaiz agak besar berbanding dengan pisang lain. Bahkan lebih besar daripada pisang emas atau pisang minak yang menjadi kesukaan kebanyakan orang. Kulit luar pisang ini agak tebal dan berwarna merah keungguan. Rasa pisang ini manis dan sedikt masam.
Nama lain untuk pisang ini adalah pisang kidang, red dacca, claret banana, cuban red cavndish banana dan jamaican red banana. Mari kita baca beberapa khasiat yang bagus untuk kesihatan anda.
1. Bagus Untuk Hati
Pisang merah memberikan kesan yang baik untuk kesihatan hati di dalam tubuh. Ia ada gizi yang mencukupi untuk menyihatkan hati.
2. Menambah tenaga
Pisang memang diakui sebagai sumber makanan dari alam semulajadi yang memberikan tenaga dengan cepat. Jika anda seoran yang aktif bersukan atau aktiviti lasak, pastikan pada sarapan pagi anda dengan pisang.
3. Makanan anti rabun
Makan pisang merah secara konsisten boleh membantu untuk elak masalah rabun mata. Kandungan vitamin A yang tinggi dalam serat pisang ini boleh menajamkan penglihatan, dan mengurangkan risiko daripada terkena rabun mata.
4. Bagus untuk ibu hamil
Pisang merah sangat bagus untuk ibu hamil. Ia akan bantu dalam penghasilan asid folid yang memang diperlukan oleh ibu ketika proses kehamilan 9 bulan 10 hari. Malah ia dapat membantu mengurangkan rasa mual dan loya di awal peringkat kehamilan.
5. Nutrisi terbaik untuk tulang dan gigi
Bagus untuk kesihatan dn kekuatan tulang dan gigi. Anda tidak perlu minum susu formula hanya dengan mengamalkan pengambilan pisang ini sahaja.
6. Menyihatkan jantung
Pisang ini juga dikatakan boleh memberikan kesan sangat positif untuk kesihatan jantung untuk jangka masa panjang. Jika anda ambil secara rutin, dan tidak terlebih makan, ia akan beri impak yang baik untuk kesihatan jantung anda.
7. Bagus untuk mereka yang ingin berhenti merokok
Percaya atau tidak, pengambilan secara rutin akan membantu perokok yang berazam untuk berhenti merokok. Kandungan vitamin C, magnesium dan juga kalium dalam buah ini akan membantu mengurangi keinginan untuk merokok atau candu nikotin yang ada pada perokok.
0 Ulasan