About Me

Cara Atasi Sakit Lutut Paling Berkesan

 Cara Atasi Sakit Lutut Paling Berkesan


Bukan sahaja orang berusia, orang muda pun boleh alami sakit lutut. Lebih-lebih lagi jika anda aktif berlari atau bersukan, masalah sakit lutut ini merupakan antara kesakitan yang kerap anda alami.


Apabila sakit lutut menyerang, ia akan menyukarkan pergerakan dan aktiviti harian kita. Selain mendapatkan rawatan di hospital, ada alternatif lain yang boleh anda lakukan untuk mengatasi sakit lutut.

Anda boleh cuba petua mengatasi masalah sakit lutut sebagaimana yang dikongsikan Siti Rashidah Jasimin menerusi laman Facebooknya. Petua ini hanya menggunakan tiga bahan yang mudah untuk didapati, selain dikatakan berkesan selepas beliau mengamalkannya selama seminggu.

Jadi tidak salah untuk anda mencubanya. Manalah tahu petua yang dikongsikannya ini boleh membantu mengatasi sakit lutut yang anda alami. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Selamat mencuba!


REMEDI UNTUK SAKIT LUTUT

Mak Gojes dah buat minggu lepas sebab tiba-tiba kepala lutut macam terkehel ���� gigih minum tiap hari selama 1 minggu tau.

Sebab malas nak beli supplement & ubat sapu, so Mak Gojes godak la resepi ini. Jom cuba untuk korang yang sakit lutut tu.

Bahan utama:

                           
• Epal Hijau 2 biji (potong)

• Kayu Manis 1

• Serai 1 (ketuk)

• Air 4 Cawan



Cara-cara:

1. Satukan semua bahan dalam periuk & masak menggunakan api perlahan sehingga air menjadi 2 cawan.

                         
2. Biarkan suam & minum 2 kali sehari.


                                   
Buat seminggu okey. Kesan dia lepas tu kau nak berlari 7 keliling padang pun tak de masalah dah ����

                                 
Selamat Mencuba.

sumber: MASKULIN.

Catat Ulasan

0 Ulasan